01 di johor bahru - Google Blog Search |
Bekerja sambil bercuti <b>di Johor Bharu</b> Posted: 04 Oct 2011 09:47 AM PDT Assalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan-rakan ku, Sebelum aku nak cerita pasal tajuk entri ni mungkin kalau yang dah lama follow blog aku (eh ada ker? syok sendiri haha) mungkin anda semua perasan entrinya banyak merapu meraban dan macam-macam ada. Dari mula blog ini wujud banyak tutorial aku buat lepas tu cerita pasal diri sendiri dan sekarang pula tengah nak menggila bercerita pasal kisah hidup sendiri dan juga gambar yang diambil. Maklumlah dah ada hobi baru iaitu mengukir cahaya menggunakan kamera yang tak berapa nak canggih ini. Jadi kalau yang dah jemu dan bosan maaf la yer sebab blog ni pun register dengan domain menggunakan nama sendiri dan matlamat awal dulu pun memang nak menulis kisah tentang apa yang aku rasakan, maklumlah blog personal jadi aku sumbat apa yang patut selagi ianya tidak keterlaluan. Cuma masa diawal kemunculan blog ini aku mencari rentak untuk menulis dan belajar tentang skill penulisan serta mencuba untuk membentuk identiti sendiri. Baik berbalik pada tajuk entri ini, jumaat lepas aku memang dah rancang nak balik bercuti di kampung isteri tercinta dan kebetulan pula aku dapat tugasan untuk mengajar di Johor Bharu, kira pakej 2 in 1 la ni, bekerja sambil bercuti. Jumaat balik labis dahulu sebab ada kenduri kahwin kawan isteri aku di kampung tenang labis. Lepas tu barulah aku ke Johor Bharu pada hari ahad untuk mengajar para kontraktor mengenai bidang yang aku kerja sekarang dan kursus ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bertempat di M Suites Hotel. Jadi aku bawa isteri dan anak aku untuk ikut sekali sebab bilik di hotel dah pun disediakan termasuk makan minum. Dapatlah kami bercuti free lepas tu dapat lagi claim mengajar. Memandangkan isteri aku tidak bekerja dan anak aku pun belum lagi bersekolah jadi banyak kali juga aku bawa isteri dan anak pergi outstation. Ok sampai sini dahulu dan lepas ni layan sahaja cerita melalui gambar-gambar di bawah, itupun kalau gambar tu ada cerita haha. Ops ya gambar ni aku langsung tak edit, cuma kecilkan saiz menjadi 600 pixel dan juga letak watermark..jadi kalau gambar tu dah kelaut ke apa sila komen kat bawah nanti, masih lagi belajar tentang seni fotografi dan harap suatu hari nanti aku mampu hasilkan gambar yang setanding otai-otai fotografi diluar sana, insyaAllah. ![]() check in petang ahad di hotel lepas maghrib kami keluar makan steamboat di medan steamboat luton van dataran bandaraya johor bharu, orang johor mesti tahu kan? oh ya WB kelaut gambar ni ![]() ni hasil isteri aku yang snap, masa ni aku tengah nak melayan fahim memilih steamboat yang dijual dengan menggunakan van, ada lebih dari 10 gerai menggunakan van ![]() ni la rupa steamboat yang dah berjaya masuk perut aku, gambar ni menggunakan single focus point dan setting yang kelaut tu ada yang blur, yang terang sebab titik fokusnya disitu ![]() ok sila abaikan kalau nampak sangat kuning gambar ini, lepas makan steamboat tadi kami ke danga bay jalan-jalan ![]() ni lah rupanya kapal yang dibuat restoran di danga bay tu, aku hanya tengok dari jauh je la, kalau kamera si Azman ni memang best sebab lense dia boleh tembak jauh ![]() sebelum nak balik ke hotel, jadi nak melayankan fahim aku suruh mama dia temankan fahim naik kuda berpusing-pusing tu ![]() ni fahim bergambar dengan pelakon drama wan maimunah, dia duk hotel sama dengan kami, peramah orangnya dah bahasakan diri dia ibu, dia suruh fahim panggil dia atok, hehe Ok dah habis yang dekat johor bharu, banyak juga gambar yang aku ambil tetapi tak boleh la nak letak semua..lagipun ada gambar aku yang tak mandi sebelum turun sarapan kat hotel haha korang pun tak nak tengok kan, gambar-gambar lain tu pun untuk dikongsikan dengan adik beradik yang lain je. ![]() kami berhenti di R&R Pagoh untuk makan tengahari semasa perjalanan balik ke kuala lumpur, ok gambar ini tiada motif ![]() fahim ni kalau orang nak ambil gambar jangan harap dia pandang kamera, gambar ni diambil di antara celahan pagar ![]() salah satu hobi fahim ialah bergayut, aku letak dia bergayut lepas tu aku snap gambar dia, dekat seminit juga dia duk bergayut, ok kepada ibu bapa lain, jangan contohi aku kerana risiko anak jatuh sila tanggung sendiri
Artikel yang berkaitanFull content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan