Ahad, 2 Oktober 2011

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Kenduri kahwin <b>di</b> Kampung Tenang, <b>Labis</b> Johor

Posted: 01 Oct 2011 10:24 PM PDT

pelamin warna kuning dan background biru

pelamin yang simple tapi warnanya menarik

Semalam kenduri kahwin kawan orang rumah aku yang satu kampung dengan dia, kawan dia kiranya orang yang terakhir dalam geng-geng member dia yang lain yang semuanya dah kahwin. Memang dah sebulan lebih isteri aku nak ajak aku pergi kenduri kawan dia jadi aku pun balik kampung minggu ini.

Rasanya ramai yang dah tahu kalau kenduri kahwin di Johor perkara yang paling terkenal ialah TOL semasa pengantin lelaki sampai ke rumah perempuan. Dulu aku pun melalui pengalaman yang sama bila majlis kahwin aku dulu kena tol sampai ke atas pelamin, kenangan betul masa tu.

Apa kata layan gambar yang aku ambil masa kenduri ni.

budak-budak pegang kamera digital

kalau zaman aku dulu mana ada pegang kamera digital masa kecik-kecik, sekarang tengoklah budak-budak pun dah guna kamera

muhammad fahim cuba berkawan

muhammad fahim cuba nak berkawan

cik abu ayah pengantin perempuan

cik abu, tuan rumah @ bapa pengantin perempuan

orang kampung di majlis kahwin

kalangan orang tua yang sedang berbincang sesuatu

pengantin lelaki tiba dengan kereta BMW

pengantin lelaki tiba dengan kereta BMW takder bumbung lagi tu, keturunan syed katakan

pengantin lelaki naik bmw

kali pertama aku tengok pengantin lelaki dan rombongan berarak menggunakan kereta, kumpulan kompang di belakang mengiringi kereta pengantin

pengantin lelaki

pengantin lelaki menunggu pengantin perempuan untuk menjemput naik ke tempat persandingan

pengantin lelaki dan perempuan

pengantin lelaki dan pengantin perempuan tunggu Q untuk berjalan

dslr nikon dan olympus

sementara nak tunggu pengantin berjalan sempat tengok sekitar, ramai sekarang dah gunakan DSLR

duit tol dalam sampul

inilah yang tiada di negeri lain iaitu pengantin lelaki kena bayar tol kalau tak, mana boleh naik ke rumah pengantin perempuan

Inilah yang unik bila kenduri kahwin di Johor iaitu duit tol yang diletakkan dalam sampul untuk diberikan, kebiasaannya kanak-kanak dan orang dewasa dari belah pihak pengantin perempuan akan sekat/halang pengantin lelaki untuk naik ke rumah pengantin perempuan dan wakil dari pengantin lelaki kena bayar tol dahulu.

Aku dahulu sediakan 50 keping sampul surat untuk bayar tol ni sebab selalunya paling-paling sedikit pun ada 3 tol untuk naik ke rumah pengantin perempuan, apa yang aku nampak ianya adalah sekadar penyeri lagi majlis kahwin ini. Mungkin sesetangah orang tidak berapa suka tapi bagi aku ianya unik dan membezakan dari yang lain.

pengantin lelaki tersenyum

kali ini pengantin lelaki hanya mampu tersenyum bila pengantin perempuan dilarikan ke atas rumah, manakala pengantin lelaki kena bayar tol lagi

kena tol lagi

tengok, pengantin perempuan dah dalam rumah, pengantin lelaki kena bayar tol kali kedua

tol yang ketiga

tengok tol ketiga tengah menunggu di depan rumah pengantin perempuan

tol ketiga dan terakhir sebelum pengantin lelaki dapat naik ke rumah pengantin perempuan

tol ketiga dan terakhir sebelum pengantin lelaki dapat naik ke rumah pengantin perempuan

Nampak tak unik bila kenduri kahwin di Johor dan isi dalam sampul tu tidak penting tetapi adat ini harus dikekalkan selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. 

Sebenarnya setiap negeri mempunyai keunikkan masing-masing bila ada kenduri kahwin dan sebagainya dan tidak perlu rasanya untuk kita mengutuk adat dan budaya masyarakat setempat yang diamalkan selagi ianya tidak terpesong dari agama.

Apapun aku bukanlah jurugambar rasmi pada majlis kahwin ini, sajer nak bawak kamera aku untuk belajar tentang merakam gambar perkahwinan dan mencari pengalaman untuk kegunaan pada masa depan. Walaubagaimanapun kamera aku hanya menggunakan kit lense yang tak mampu nak zoom jauh-jauh untuk capture gambar, lainlah kalau si Azman Ishak ada masa majlis ni memang lain lah, dia ada DSLR dan lense yang mampu zoom jauh-jauh. Memang kacak la gambar-gambar dia tu.

.

.

Nota : Sekejap lagi nak bertolak ke Johor Bharu, hari selasa baru balik Kuala Lumpur, nanti nak tambah koleksi gambar-gambar di sana nanti.

Tentang Penulis: Muhammad Tarmizi

Pemilik blog ini masih lagi bekerja sepenuh masa dan blog ini dibina kerana minat terhadap penulisan serta keinginan untuk terus belajar. Sudah mempunyai isteri dan seorang cahaya mata, untuk biodata penuh boleh lihat Pemilik Blog

Artikel yang berkaitan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads