01 di labis - Google Blog Search |
Selepas Lari Di Rembau, PERKASA Mengganas <b>Di LABIS</b> |Pulakdah! Posted: 07 Oct 2011 08:22 PM PDT Nampaknya Perkasa (baca Umno) tidak belajar dari apa yang terjadi di Rembau. Samseng-samseng Umno telah menyerang program ceramah Md Sabu di Labis semalam sehingga ada yang cedera berdarah. Seorang petugas unit amal cedera di pipi apabila sekumpulan 30 Pemuda Umno bermotor datang mengganggu dan membuat bising semasa ceramah Mat Sabu di dataran Cikgu Mala,Labis malam tadi. Mereka membaling seketul objek keras kepada seorang petugas unit amal menyebabkan pipinya tercedera dan berlumuran darah. Walaupun diganggu, dataran Cikgu Mala di Labis malam tadi tetap dibanjiri oleh rakyat, semata-mata untuk mendapatkan maklumat yang keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat tentang isu-isu semasa yang tidak mungkin boleh di dapati dari media milik kerajaan yang sentiasa memutar-belitkan fakta serta menyembunyikannya dari pengetahuan umum. Pada 10hb ini, Pengerusi SAMM che'GuBard akan ceramah bersama Md Sabu di Segamat. Bagaimana pula sambutan rakyat di sana?. Dan bagaimana pula sambutan Perkasa di sana?. |
You are subscribed to email updates from di labis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan