01 di muar - Google Blog Search |
Teratakarmo: Hari Raya Kedua <b>Di Muar</b> 2011 | Ops Jolok Posted: 03 Sep 2011 09:53 PM PDT
Hari Raya Kedua di Muar hari yang agak sibuk untuk aku kerana telah ditugaskan untuk memasak lauk untuk tetamu yang akan datang. Menu masakan yang aku kena masak adalah Nasi Minyak, Ayam Masak merah, Telur masak Merah. Kedatangan keluarga 69 dari Klang dinanti-nantikan. Tunggu gak kak ina dan Ciklily tapi diaorang tak sempat nak datang sebab sibuk sakan berhari raya kut..hehe
Persiapan untuk Menu masakan telah tersedia dan dibantu oleh PA aku iaitu Cik Puan MAZ..hehe. Tiga masakan siap dalam tempoh tak sampai 3 jam. Dua periuk Nasi Minyak, Ayam cuma 3 ekor dan telur tak pulak aku kira (Menu Standby). Aku rasa ok kut masakan aku sebab habis semua ayam masak merah dan aku sempat rasa seketul jer. Ada gak yang tak sempat rasa.
MISI MENJEJAK LOKASI TERBAIK UNTUK PETIK BUAH
OPS JOLOK SEDANG DIJALANKAN
Keluarga 69 sampai jer Ketua Misi iaitu Anjang Udin tanpa berlengah terus menjengah belakang rumah sebab ada beberapa pokok duku berbuah..hehe.Apa lagi sambil berhari raya, operasi menjolok buah dijalankan. Tapi sayang buah duku yang masak berada tinggi kat atas pokok dan buah pulak kurang sebab dah abis musim. Korang tengok jerlah gelagat Keluarga 69 beraya dikebun kat SINI
Sesi makan pula diteruskan setelah Operasi Jolok Buah berehat seketika (Petang sambung lagi..). Masing-masing lepas makan terus berehat kerana diaorang akan balik petang dan juga malam. Penat memang penat tapi puashati sebab dapat berkumpul ramai-ramai kat rumah mak mertua aku pada hari raya kedua.
AZAM BERJAYA DALAM MISI MEMETIK BUAH RAMBUTAN
Petang sesi memetik buah diteruskan. Kebun Rambutan diseberang jalan dijadikan Lokasi memetik buah seterusnya. Dah agak petang jadi masa agak terbatas dengan Unggas dan Nyamuk banyak keluar pada waktu ni. Jadi dek kerana badan dah berbintat gara-gara digigit Nyamuk Misi Ops Jolok buah di tamatkan..
Majlis pada Hari Raya kedua cukup meriah dengan kehadiran Keluarga 69. Dari Pagi sehinggalah ke Malam kemudian bersambung lagi sebab Keluarga blogger DIBAPISCES pulak datang setelah sesat berjalan Hari raya..hehe..Seharian melayan Keluarga 69 memang penat tapi best sebab Keluarga 69 punya kecoh memeriahkan suasana Hari Raya di Muar pada Kali ini...
|
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan