Ahad, 9 Oktober 2011

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Serangan Kutu Beras <b>di Pasir Gudang</b>,Johor | { Aku , Blog & Kamu }

Posted: 06 Oct 2011 04:09 PM PDT

Lebih 5,000 penduduk yang tinggal berhampiran gudang beras Padi Beras Nasional (Bernas) di Jalan Gangsa tertekan dengan gangguan dan serangan kutu beras sejak awal tahun ini.Menurut penduduk kampung ,kutu beras turut memasuki bilik tidur mereka termasuk di Perjiranan 10 dan Flat Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE).

Lebih 100 ekor kutu beras muncul di rumah penduduk terutama pada awal pagi dan lewat petang.Serangan kutu beras bertumpu diatas lantai, katil, dinding, dapur, dalam makanan, bekas minuman dan di mana-mana sahaja sehingga mereka buntu dan tidak tahu apa hendak dibuat untuk mengatasinya.Setiap hari mereka terpaksa menyapu dan mengutip kutu beras ini tetapi masalah ini masih berterusan.

Masalah itu pernah diajukan beberapa kali kepada pihak Bernas dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) tetapi hingga kini tiada sebarang tindakan diambil.Serangga itu bukan sahaja memenuhi ruang rumah malah turut merayap dan menggigit badan penduduk kampung sehingga menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.Bagi yang mempunyai alahan, gigitannya boleh menyebabkan kulit bermasalah berminggu-minggu lamanya.Kutu beras juga masuk ke telinga dan hidung kanak-kanak pada malam hari.

Kutu beras biasanya terdapat di bawah bantal dan tilam dalam jumlah yang banyak.Dalam keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat tidur dengan nyenyak dan berharap tindakan segera diambil oleh pihak terbabit.

Dalam pada itu, Yang Dipertua MPPG, On Jabbar @ Jaffar berkata, pihak Bernas telah mengambil tindakan termasuk memusnahkan semua palet di gudang itu yang dikatakan menjadi punca utama pembiakan kutu beras.Langkah ini akan dilakukan secara berperingkat-peringkat kerana perlu mengalihkan beras yang berjumlah 32,000 metrik tan.Selain itu, Bernas akan memasang jaring dan melakukan proses asapan atau melepaskan gas untuk membunuh kutu-kutu beras," katanya selepas melawat gudang beras Bernas berkenaan

Related posts:

  1. Lima sekeluarga di Johor di ancam 'Benda Pelik'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads