Sabtu, 4 Jun 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Shahnizat Bin Sakiran: Oh Mak Bapak..

Posted: 04 Jun 2011 04:16 AM PDT

Sekarang ni makin banyak medium untuk kita berhubung dengan rakan-rakan. Antaranya ialah facebook, twitter dan blog. Untuk pengetahuan semua, saya hanya ada facebook dan blog ini yang mana kedua-duanya menggunakan nama Shahnizat bin Sakiran.

Sejak akhir-akhir ini saya lebih banyak membuka facebook saya berbanding blog. Ini kerana facebook lebih mudah, simple dan ramai pengikutnya. Namun begitu, ia tidak bermakna saya akan menutup laman blog ini sebab blog umpama diari diri saya. Mungkin dalam masa sepuluh tahun akan datang, saya akan baca semula setiap apa yang saya tulis.

Pada kali ini saya ingin bercerita tentang tempat tinggal saya. Ramai sahabat saya bertanya, mengapa saya masih tinggal di Lok Heng sedangkan saya mengajar di Kota Tinggi. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah ialah 40km. Saya juga melihat hampir semua rakan-rakan sekolah saya sudah bermastautin di luar.

Sebenarnya saya bukanlah tak nak berhijrah. Tapi saya kesian pada kedua mak abah saya yang tinggal berdua saja di rumah. Umur dah lepas 60 tahun, anak pulak nak duduk jauh. Entah sakit ke, pening ke, sekurang-kurangnya dapat juga saya jenguk.

Kadang-kadang saya kesian dengan ibubapa yang anaknya belajar pandai-pandai belaka. Kerja pulak bagus. Tapi mak bapak kesepian kat rumah. Ada pulak salah seorang daripadanya dah meninggal dunia. Cuba kita letakkan diri kita kat tempat dia. Empati.

Hah.. malas la nak sambung cerita.. emosional la pulak..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


LaWaTan Ke Kilang Kanta Sentuh <b>di GeLang PaTah</b>, JoHor

Posted: 14 May 2011 12:14 AM PDT

Perkarangan kilang Kanta sentuh di Gelang Patang, Johor.



3/5/2011 (Selasa)
11.00 a.m
Kami bertolak dari Kilang Kanta Sentuh di Singapura ke Kilang Sentuh Ciba Vision di Johor pula. Apa yang membuat anis terkenang sehingga sekarang ialah perbezaan antara pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Singapura dengan pemeriksaan imegresen untuk masuk ke Malaysia. ianya suatu yang amat berbeza. Pemeriksaan imegresen untuk ke Singapura amatlah ketat sehinggakan telefon bimbit juga tidak terlepas daripada pengimbasnya. Namun jika dibandingkan dengan pemeriksaan imegresen Malaysia, pengawasannya kurang ketat berbanding Singapura.

Beg galas inilah yang tidak terlepas daripada pengawasan imegresen.




Namun, kami bersyukur kerana semua ahli lawatan terlepas daripada apa-apa sekatan. oleh itu, kami teruskan perjalanan kami pulang ke Malaysia dengan gembira.

Bertolak balik dengan melalui tambak johor. tata kota singa....




12.15 p.m
Kami tiba di R&R Tanjung Pelepas sekali lagi untuk makan tengahari dan bersolat zohor di sini. Kami makan bersama sebelum bertolak ke Kilang Kanta Sentuh CIBA Vision yang terletak di Gelang Patah, Johor. Kami berkumpul semula untuk meneruskan lawatan pada pukul 2.00 p.m.


2.30 p.m 
Kami tiba di Perkarangan Kilang Kanta sentuh CIBA Vision Malaysia di Gelang Patah disambut dengan lambaian daun pinang yang menghiasi kawasan kilang. 

Dihadapan kilang kanta sentuh CIBA Vision Malaysia.




     Kami amat terpesona dengan keluasan kawasan kilang kanta sentuh ini berbanding kilang kanta sentuh di Singapura. Setibanya kami di sana, kami dibawa ke bilik taklimat dahulu. Kami dimaklumkan bahawa di sini terdapat pelbagai kepakaran yang diperlukan yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. antara disiplin yang ditawarkan di sini termasuklah kejuruteraan, sumber manusia dan sebaginya.

Taklimat yang diberikan oleh Jabatan Kerja dan sumber manusia kilang ini.




Kemudian kami dipecahkan kepada dua kumpulan untuk dibawa melawat sekitar makmal membuat kanta sentuh. Kali ini kami cuma berpeluang untuk melihat daripada luar makmal sahaja. Pihak kilang memaklumkan kepada kami bahawa di sini antara kilang yang membuat kanta sentuh seperti kanta sentuh silikon hidrogel seperti air optix, air optix untuk astigmatisma, air optix focus night and day dan air optix multifocal. Antara kanta sentuh lain termasuklah kanta sentuh warna seperti freshlook. 

Antara kanta sentuh yang dikilangkan di sini.

Ada juga kanta sentuh bewarna yang dihasilkan di sini.

Disini banyak tenaga kerja manusia digunakan untuk pembuatan kanta sentuh tidak seperti di Kilang kanta sentuh di Singapura. Namun begitu, tenaga manusia yang digunakan cumalah untuk membantu memperkemaskan kulaiti kanta sentuh. bukannya 100% tenaga mesin seperti di Singapura.


3.45 p.m
Kami dihidangkan minum petang di kafe Kilang kanta sentuh tersebut. kami dihidangkan dengan mihun goreng, kuih muih dan pelbagai juadah lain yang enak. inilah perbezaan antara negara kita dengan negara lain. Di tanah tempat tumpah darahku ini sahaja adanya istilah jalan-jalan cari makan. Maklumlah makanan mudah dan murah diperolehi. Jika di negara orang, sebotol air mineral sudah bernilai 1 dolar bersamaan 2 ringgit lebih. Betullah kata orang, bila mengembara kita mulai hargai dan syukuri apa yang kita ada sekarang. Saya bangga jadi anak Malaysia.


4.15 p.m
Habis sesi kudapan petang, kami bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan. 

Sesi fotografi sebagai tanda kenangan dengan kunjungan kami ini.




Tidak lupa juga adanya cenderahati daripada pihak kilang kepada kami. 

Kecil saiznya, tapi besar manfaatnya lawatan ini kepada kami.




Alhamdulillah semua berjalan lancar. Kami bersiap-siap untuk bertolak ke lawatan ke kilang seterusnya. Terima kasih kepada pihak Ciba Vision kerana atas sambutan lawatan yang amat meriah dan cukup mesra. 

Kesimpulannya, lawatan dapat mengajar kita 1001 pengalaman yang dapat dijadikan pedoman dalam hidup ini. Melancong, mengembara dan sebagainya adalah guru terbaik untuk kita belajar bersyukur dan menimba pengalaman baru di tempat orang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Video Kemalangan <b>di Pagoh</b> ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 01 Jun 2011 12:13 AM PDT

ads