ads

Isnin, 1 Ogos 2011

01 di johor bahru - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di johor bahru - Google Blog Search


⊗ Aimi Laili ⊗ » Blog Archive » • Makanan Yaman <b>Di Johor Bahru</b> •

Posted: 24 Jun 2011 05:50 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Makanan Yaman Di Johor Bahru •. June 25, 2011 8:50 am admin food. Assalamualaikum semua. Harini aku nak share pasal satu restaurant ni. aku tak try lagi pun ekeke. Tapi nampak macam menarik. Nama die Hadramawt , lokasi restaurant ni ...

01 di tangkak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di tangkak - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 07:18 PM PDT

Masjid Sultan Ismail, Ledang, Tangkak, Johor


Pada Jumaat lepas (04/06/10), Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) telah mengadakan seruan serentak di beberapa masjid di seluruh negara bagi mengutuk kekejaman Israel ke atas misi kemanusiaan yang dihantar ke Gaza. Dalam seruan tersebut, HTM menyeru dan menyedarkan umat Islam bahawa kaum Yahudi laknatullah boleh mengganas dengan sewenang-wenangnya ke atas umat Islam khususnya dan ke atas manusia amnya, kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Pemimpin yang ada begitu pengecut dan senantiasa mengkhianati umat Islam dengan tidak pernah berusaha untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di Gaza. Mereka memiliki tentera tetapi mereka tidak pernah menghantar tentera ini berjihad melawan Yahudi. Begitu juga para tentera umat Islam, mereka masih tetap tunduk patuh kepada para pemimpin sekular, bukannya tunduk patuh kepada perintah Allah dan Rasul agar keluar berjihad menentang musuh. Kerana itulah, Yahudi boleh mengganas dan melakukan kerosakan di muka bumi dengan begitu mudah kerana langsung tidak ada tentangan dari para tentera Islam dari negara mana sekalipun.

Berikut adalah teks penuh seruan yang telah disampaikan oleh anggota Hizbut Tahrir di seluruh Malaysia, dipaparkan agar para pembaca beroleh manfaat darinya dan digalakkan menyebarkannya dalam apa cara dan bentuk sekalipun demi menyedarkan para pemimpin dan para tentera khususnya dan umat Islam amnya akan tanggungjawab masing-masing dalam hal ini.

------------------------------------------------------------------------------------

Ma'asyiral muslimin rahimakumullah

Sebagaimana yang kita telah ketahui, beberapa hari lepas, tentera Yahudi Zionis la'natullah telah melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi 'Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G)'. Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19 nyawa di samping mencederakan berpuluh yang lain dan ramai telah menjadi tahanan tentera Israel. Semoga Allah melaknat rejim Zionis di atas kejahatan mereka ini

Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah mengutuk tindakan kejam tentera israel ini. Hizbut Tahrir, sebagai sebuah gerakan Islam, juga mengutuk serangan ganas Zionis yang dilakukan ke atas konvoi kemanusiaan ini. Namun, kami ingin menegaskan dan menyatakan pendirian kami bahawa, semua ini berlaku kerana bantuan kemanusiaan yang dihantar ke Gaza tidak diiringi oleh bantuan ketenteraan dari pemimpin kaum Muslimin, baik oleh Turki, Mesir, Jordan, Pakistan dan lain-lain termasuk Malaysia. Hizbut Tahrir ingin menyatakan, bahawa sesungguhnya bantuan kemanusiaan tidak akan bererti jika tidak disertakan dengan bantuan ketenteraan. Apa ertinya perut penduduk Gaza berisi, jika peluru Israel terus menembusi perut-perut mereka? Apa ertinya ubat-ubatan yang menyembuhkan luka-luka mereka jika bom-bom Israel terus menghancurkan tubuh-tubuh mereka?. Apa ertinya kain selimut yang dihantar jika ia akhirnya hanya akan menyelimuti jenazah-jenazah mereka? Inilah yang telah berlaku dan sedang berlaku jika hanya misi kemanusiaan dan bukannya misi ketenteraan yang dihantar untuk menyelamatkan Gaza.

Ma'asyiral Muslimin rahimakumullah

Sesungguhnya pemerintah kalian sudah tidak menghiraukan nasib umat Islam. Mereka hanya mempedulikan perut-perut mereka sahaja. Harta, wang ringgit, pangkat, kekayaan dan kuasa – inilah yang mereka peduli dengan sungguh-sungguh. Apabila umat Islam dibunuh, mereka hanya mengecam, mengutuk, mengadakan mesyuarat dan sidang tergempar yang kosong, yang tidak pernah menghasilkan apa-apa. Malah lebih buruk, mereka mengharapkan golongan kuffar untuk menyelamatkan umat Islam. Mereka mengharapkan PBB, sebuah badan kufur untuk menyelamatkan umat Islam. Apakah pemimpin ini begitu jahil sehingga mereka tidak tahu bahawa PBB-lah yang telah melahirkan Israel, dan PBB-lah yang selama ini telah membesarkan dan menjaga Israel!!! Sedarlah wahai kaum Muslimin, bahawa PBB hanyalah sebuah badan kufur yang ditubuhkan untuk menghancurkan Islam.

Selain mengharapkan PBB, pemerintah dan sebahagian dari umat islam juga mengharapkan OIC. Hizbut Tahrir ingin menyedarkan kalian wahai kaum Muslimin, bahawa OIC hanyalah merupakan himpunan negara-negara asobiyah dan wathoniyah yang hanya tahu bersidang! Setiap kali nyawa umat Islam melayang, setiap kali itulah mereka bersidang dan mengeluarkan resolusi kosong tidak bermakna. Dan persidangan mereka dipenuhi dengan kemewahan dan layanan VIP dan mendapat claim yang lumayan pula darinya. Inilah realiti OIC dan pemimpin OIC yang hanya handal bermesyuarat, hakikatnya, mereka ibarat tin kosong yang berkarat.

Ma'asyiral Muslimin rahimakumullah

Israel tidak pernah takut kepada PBB kerana PBB adalah penjaga mereka. Israel juga langsung tidak kecut dengan OIC kerana mereka tahu bahawa pemimpin OIC kesemuanya pengecut dan pengkhianat. Dan Israel langsung tidak gentar dengan badan-badan misi kemanusiaan. Mereka langsung tidak takut dan mereka langsung tidak risau dengan ini semua. Tetapi yakin dan percayalah wahai kaum Muslimin! Israel akan sungguh-sungguh takut dan kecut jika tentera-tentera Islam datang kepada mereka atas nama jihad fi sabilillah!!!

Malangnya wahai saudara-saudaraku, tentera umat Islam hari ini memilih untuk mentaati pemimpin sekular, lebih dari mereka mentaati Allah dan Rasul. Tentera umat Islam hari ini, memilih untuk bergerak di bawah panji PBB, bukannya panji Allah dan Rasul. Tentera umat Islam hari ini, hanya berani menunjukkan 'belang' mereka pada acara-acara rasmi negara sahaja, dan mereka hanya berpeluk tubuh tatkala menyaksikan saudara-saudara mereka diratah dengan sewenang-wenangnya oleh puak kuffar. Inilah hakikat tentera kaum Muslimin yang tidak lagi mengetahui untuk apakah mereka menjadi tentera. Justeru, marilah kita sama-sama menyedarkan pasukan tentera kita bahawa mereka wajib berjihad fi sabilillah untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang diperangi oleh musuh dan mereka hendaklah mengengkari pemerintah sekular yang telah memenjara dan memandulkan mereka selama ini. Sesungguhnya kekuatan ada pada mereka dan apabila mereka berperang, Allah akan pasti membantu mereka.

Ma'asyiral Muslimin rahimakumullah

Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Sesungguhnya kita sudah tidak mengharapkan pemimpin yang ada hari ini untuk menyelamatkan umat Islam. Mereka bersenang lenang tatkala umat bersusah payah, mereka kaya raya tatkala umat papa-kedana, mereka bahagia-gembira tatkala umat derita-sengsara, mereka berpeluk tubuh tatkala umat Islam dibunuh. Demi Allah! Demi Allah dan Rasulnya, kita perlu membuang pemimpin ini dan kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk menjadi ketua kaum Muslimin yang akan membela umat Islam, yang akan memimpin, melindungi dan menjaga harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.

Ma'asyiral Muslimin rahimakumullah

Hizbut tahrir dengan ini menyeru kalian agar berusaha bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah Khilafah ar-rasyidah ala minhaj nubuwwah yang bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan keseluruhan negeri umat Islam dari cengkaman penjajah kuffar. Yakinlah wahai saudara, hanya dengan Khilafah sahajalah, nasib seluruh umat Islam di dunia akan terbela dan hanya dengan Khilafah sahajalah, umat Islam akan kembali menjadi umat yang mulia..

ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

------------------------------------------------------------------------------------

Sumber : http://mykhilafah.com/aktiviti-htm/2207-seruan-dari-hizbut-tahrir-malaysia-berhubung-serangan-zionis-ke-atas-kapal-mavi-marmara

Editor Pengarang - Abu Idris

Kewajiban yang terpikul ke atas dirinya untuk mengembalikan kehidupan Islam secara keseluruhan dengan berusaha membangkitkan semula Negara Islam Global iaitu Daulah Khilafah Islamiyah di atas muka bumi ini. Janji Allah, Khilafah Mengikut Jalan Kenabian pasti kembali. Insya Allah...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

01 di parit yani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di parit yani - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 07:23 PM PDT

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 08:15 PM PDT

 Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Pagi Isnin yang cerah ini aku nak kongsi cerita mengenai majlis perkahwinan sahabat lama aku semasa zaman persekolah iaitu Saifuddin a.k.a Pudin dan juga Haryani a.k.a Yani. Kalau tak silap mereka ni menyulam cinta sejak Tingkatan 05 lagi dan ketika itu Pudin baru sahaja berada di sekolah kami lebih setahun (Tingkatan 1-3 di Sekolah Tinggi Batu Pahat). Jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.

Sedang belajar untuk bermain dengan salah satu gajet paling mahal.

Majlis diadakan di rumah pengantin pihak lelaki di Kampung Parit Mustaffa. Apa yang seronoknya, aku dapat sertai sesi fotografi yang ringkas di kediaman mereka bersama jurugambar rasmi merangkap sepupu aku, Faiz. Dn buat kali pertamanya, aku mencuba membiasakan diri dengan Nikkor 70-300MM yang bagi aku berat sangat. Maklumlah tak pernah pegang lens panjang (lens yang sesuai untuk melihat burung yang jauh di atas pokok). Terima kasih kepada pemilik lens tersebut, Faiz sebab bagi aku peluang untuk bermain dengan kamera beliau. Dia bagi aku guna D200 + lens 70-300MM. 

Kawan-kawan zaman sekolah aku dari kiri: Ruziani, Herlina, Natasha, Fariza, Izwan dan aku.

Bila dah pegang kamera ni, makin bersemangat aku nak belajar tangkap gambar dari sudut yang terbaik. Tapi kebanyakan gambar aku gagal sebab maklumlah baru kali pertama sertai sesi fotografi untuk majlis macam ni dan juga dapat lens berat dan panjang. Jadi, aku kena ambil gambar dari jarak yang agak jauh barulah muat-muat semua orang yang nak masuk.

Kebetulan pada hari tu hujan turun dan pengantin terpaksa menaiki kereta dan rombongannya jalan kaki berpayung untuk diarak. Nasib baik jambatan rumah Pudin ni ada bumbung. Jadi kami tangkap dari sini sahajalah.

Kesian pengantin agak berbasah sedikit terkena hujan. Aku ni yang takut nak hujan-hujankan kamera ni tapi aku cuba buat yang terbaik. Maklumlah, barang orang bukan barang aku (^__^). Pertama kali nak snap ni pun rasa berdebar. Mungkin takut terlepas scene yang cantik dan terbaik kot.

Bila pengantin sampai di jambatan, aku pula lari ke khemah tempat makan tetamu. Aku kena berada pada jarak yang jauh dengan subjek  untuk mendapatan dusut yang terbaik dan sempurna. Tapi segalanya kurang menjadi 100%. Yang baju ungu itulah yang dulu make up untuk majlis perkahwinan abang aku. Anak kepada mak andam yang sekarang pun jadi jurusolek pengantin.

Untuk majlis kali ini, tiada pelamin disediakan  tapi hanya untuk majlis makan beradab. Ringkas sahaja kan dan jimat kos. Sesi suap menyuap adalah benda wajib dalam fotografi pengantin. Macam mana nak buat ia jadi lain agaknya?lain macam mana?aku pun sedang fikir (^__^)

Kalau korang nak tahu kan?aku berjaya 'melicinkan' wajah mereka berdua ni. Setelah search di google tak jumpa tutorial untuk benda ni akhirnya aku cuba buat sendiri di Adobe Photoshop (Smudge Tool). Aku tak pasti orang lain guna teknik yang sama untuk buat muka kita licin.

Aku bagi laluan kepada jurufoto rasmi untuk berada betul-betul di hadapan kek. Aku hanya boleh 'tembak' dari tepi sahaja kerana di depan meja kek ini ada lopak air dan aku perlu 'tembak' dari jauh tapi ruang agak sempit dan makin jauh ke belakang makin ramai orang di hadapat. Apa boleh buat?dari tepi pun dah okay (^__^).

Shoot dalam bilik pula. Bilik agak sempit dan kurang sesuai untuk pemegang lensa 70-300MM macam aku ni. Dari mana kau nak tembak?terpaksalah melekat di dinding ataupun panjat kerusi. Tak pun suruh pengantin baring atas lantai.

Bersama adik-adiknya, Wawa di sebelah kanan Pudin yang telah selamat melangsungkan pertunangannya malam sebelum majlis abangnya ini. Hantaran?5 angka wooo! tapi belas ribu sahaja. Dengan orang mana?Orang Parit Warijo, Sri Medan. Kerja apa?aku pun tak tahu..

Gigih melekat di dinding cuba untuk dapatkan reflection pada cermin. Tapi disebabkan lens ni panjang, hasilnya kurang menjadi dengan berkesan dan muka Pudin pun tak nampak dalam foto ini.

Sesi outdoor dibuat setelah hujan berhenti. Kalaulah langit berwarna biru dan awan berkepul-kepul lagi cantik. Tapi sepanjang hari itu, suasana redup sahaja dan mendung.

Sahabat kami yang hadir dari kiri: Zabir (sepupu aku), pengantin, Fahmi dan Faiz (sepupu aku juga)

Dan juga bersama kawan-kawan sekampung yang rewang pada majlis tersebut.

Kalau nak tahu, yang bertudung merah tu adalah cikgu sekolah agama aku iaitu Cikgu Khamsaton. Guru kelas semasa aku darjah 6 Sekolah Agama Seri Maimon. Mengajar dengan sifat penuh keibuan membuatkan aku terbuai sambil mengantuk (^__^)

Dua foto di atas ni aku amat berpuas hati walaupun  banyak benda yang perlu diperbaiki. Nak belajar?pergilah rujuk Facebook jurufoto-jurufoto yang terbaik dan juga blog mereka. Yang penting niat barulah boleh jalan (^__^)

Yang ini aku suka sebab aku dapat fokus ke kek yang baru aku perasan cantik selepas lihat foto ini semula. Apa yang cantik?sebab pencahayaan tu jelas ke arah kek tersebut. Disebabkan lens panjang/jauh aku tak reti duduk lama-lama nak fokus pada pengantin pula. PENAT!

Geng lama zaman sekolah. Kalau tak silap dulu mereka ni ahli kadet polis kan..Fariza dah bertunang. Bila majlis kau?. Herlina pula, aku rasa ada persamaanya dengan Lynda Roslan, bak kata Anis kaki kapal ek? (^__^). Apa pun, cantik kebaya merah jambu kau Lynn!

Jurufoto memberi arahan. Tengok beg yang dia bawa tu kecil sahaja, aku pula yang melebih-lebih bawa beg besar-besar.

Ini bukan bekas teman wanita Pudin tau tapi ini rombongan dari keluarga sebelah pengantin perempuan.  Abaikan segala puisi yang ditulis kerana itu hanyalah hiasan semata-mata dan doa aku untuk pasangan pengantin. Tapi muka wanita ni 'memang tak boleh pergi derr...'

Foto terakhir sebelum menamatkan tugas dan balik rumah. Aku ucapkan selamat pengantin baru kepada Pudin dan Yanie. Semoga anda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kalau ada benda yang kecik jangan diperbesar-besarkan, tanamkan sifat kepercayaan antara satu sama lain dan yang penting sentiasa sabar menghadapi dugaan sepanjang berkeluarga ini. Insyaallah akan berkekalan selamanya. Kononnya aku pegang bunga tu sebab lepas ni giliran majlis aku pula agaknya kan?! 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit yani</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jun 2011 07:15 PM PDT


Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang"utusan.com.my


Muhammad Kamran Babar Nazir Khan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Jun - Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini mengesahkan pernikahan antara penuntut tempatan, Yani Yuhana Mohd. Zambri yang mendakwa dirinya disihir oleh lelaki warga Pakistan, Muhammad Kamran Babar Nazir Khan adalah sah mengikut hukum syarak.

Menurut Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan, Yani Yuhana selaku defendan telah gagal memanggil saksi bagi membuktikan dakwaan tersebut walaupun wanita itu mengemukakan laporan polis dan surat dari Pusat Pengubatan Islam Darussyifa kepada mahkamah.

Beliau berpendapat Yani Yuhana, 25, berada dalam keadaan sedar dan waras ketika majlis pernikahan berlangsung di Sadiqadad Raw, Pakistan, pada 2 April 2009 kerana defendan didapati ceria seperti dilihat dalam album gambar kahwin.

Ujar beliau lagi, Yani Yuhana juga didapati waras kerana sebelum tarikh majlis pernikahan, dia yang ketika itu menuntut di United Kingdom telah berlepas dengan menaiki kapal terbang secara berseorangan menuju ke Pakistan.

Abdul Walid turut menjawab mengenai isu yang dibangkitkan oleh peguam syarie Othman Mohd. Noor yang mewakili Yani Yuhana mengenai perbezaan rukun nikah mengikut Syafie dan Hanafi.

''Walaupun rukun nikah menurut Syafie adalah wali, sighah, suami, isteri serta dua saksi, manakala Hanafi hanya mempunyai dua rukun sahaja iaitu ijab dan qabul, tetapi hukum syarak merangkumi semua mazhab.

''Oleh demikian, permohonan pengesahan pernikahan tersebut yang difailkan oleh Muhammad Kamran selaku plaintif, tahun lalu adalah sah kerana proses perkahwinan itu berlaku disaksikan oleh pendaftar perkahwinan dan dua saksi lelaki,'' kata hakim tersebut.

Beliau menambah, Kementerian Luar Negeri Pakistan dan Kedutaan Pakistan di Malaysia juga mengesahkan kesahihan sijil pernikahan Yani Yuhana dan Muhammad Kamran.

Abdul Walid mengakhiri kertas penghakiman setebal 50 muka surat yang dibacakan dalam masa sejam dengan menegur ahli keluarga kerana sering menganggu prosiding seperti menghina mahkamah.

Sejurus itu, Othman bangun dan memberitahu bahawa anak guamnya, Yani Yuhana ingin mengemukakan permohonan khuluk (tebus talak) namun pihaknya akan melakukannya di Mahkamah Rendah Syariah selepas Abdul Walid mencadangkan ia didaftarkan terlebih dahulu.

Selepas prosiding selesai, Yani Yuhana dilihat menyerahkan wang tunai RM350 kepada Muhammad Kamran, 49, sebagai salah satu proses khuluk, namun lelaki itu yang diwakili peguam syarie Muhamad Burok enggan menerimanya kerana tidak bersetuju untuk bercerai dengan penuntut tersebut.

Prosiding pada hari ini berlangsung dalam keadaan aman dengan dikawal oleh 10 anggota polis walaupun pada beberapa perbicaraan lalu suasana menjadi kecoh dan bising.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

01 di batu pahat - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di batu pahat - Google Blog Search


<b>Batu Pahat</b> – Practical Information | Pink Tours

Posted: 01 Aug 2011 03:57 AM PDT

Batu Pahat Money and Language Tips
You may find the following Batu Pahat practical information very useful if you're planning a trip to the city, as it will give you a better idea on the language…

Read the original: Batu Pahat – Practical Information

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

01 di pontian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pontian - Google Blog Search


SMSJ77 CONNEXION: Fw: Jumpa kawan-kawan <b>di Pontian</b>, 5 Julai 2011

Posted: 13 Jul 2011 06:01 AM PDT

Asri Ahmad, Mohsin Bakar, Azman Nordin, Amir Ahmad, Sarudin Kari

----- Forwarded Message -----
From: Sarudin Kari <sarudin.kari@gmail.com>
To: alimorsipon@yahoo.com
Sent: Wednesday, July 13, 2011 3:46 AM
Subject: Jumpa kawan-kawan di Pontian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

01 di skudai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di skudai - Google Blog Search


Penangkapan Kucing Jelmaan <b>Di Skudai</b> | Beliafun Blogging 2010 - 2011

Posted: 25 May 2011 05:57 AM PDT

9124044-2.jpg SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini. Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang. Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk. Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu. Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus. "Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit. "Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini. "Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu," katanya. Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya. "Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap. "Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya. Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan. Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam "Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu. "Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas. "Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi, di sini semalam. Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman. Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak. Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing. "Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu," katanya

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

BLOG JOHOR: 01 <b>di skudai</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jun 2011 09:42 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Kucing Hitam Dipenjara <b>Di Skudai</b>|Segalanya Disini. . .

Posted: 26 May 2011 01:54 AM PDT

SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.

Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.

Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.

Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

"Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

"Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

"Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu," katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

"Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

"Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam," katanya.

Kegusaran penduduk di situ tercetus sejak dua bulan lalu, apabila lebih tujuh kejadian pecah rumah di kawasan itu dilaporkan.

Atas rasa keprihatinan tersebut, 40 penduduk taman itu lakukan pemantauan secara sukarela di waktu malam

"Kami bersembunyi di atas pokok selama beberapa jam untuk menjejaki penyamun ini. Salah seorang penduduk turut tercedera kerana cubaan menangkap jelmaan itu.

"Kami terpaksa berjaga setiap malam sejak dua bulan lalu, dan turut dapat kerjasama polis. Kami bersyukur dan berharap kejadian ini tidak berulang lagi," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

"Tiada sebarang laporan yang dibuat oleh orang ramai," katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam pada itu, kejadian mistik ini turut dipanjangkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata, kesahihan kejadian jelmaan seperti itu tidak dapat dikenal pasti sama ada benar-benar berlaku atau tidak.

Menurutnya, kejadian seumpama itu juga ada kalanya bergantung kepada kepercayaan masing-masing.

"Saya tidak pasti sama ada ia benar atau tidak dan adanya kewujudannya seperti itu, jelmaan itu benar-benar berlaku atau tidak, boleh jadi betul atau boleh jadi tak betul, saya tidak pasti, ia terpulang kepada kepercayaan individu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

azlina ishak: RENTETAN KENANGAN BERSAMA <b>DI</b> UTM <b>SKUDAI</b> JOHOR

Posted: 13 Jul 2011 10:33 AM PDT

(untuk mendapatkan feeling sile la play lagu aizat tu,very nice song ;)
bertempat di UTM,skudai johor kami berjuang bersama untuk kali terakhir untuk majlis tamat latihan pegawai KOR SUKSIS IPTA SeMALAYSIA kali ke 7. Dgn itu dpt lah kami pangkat sebgi inspektor sukarelawan siswa siswazah(gler pdgn drjat kau ni ika)..=p
selame 2 minggu kami menjalani latihan kawad untuk perbarisan pade 10july. mcm2 cabaran ketorg kne hadap,nk xnk kau kne bgn kol5,4 pagi ,nk tak xnk kau kne telan ape yg die bgi mkn,lalu xlalu nk mkn kau kne mkn jgk(tp bab mknn mmg 5star aku bgi),nk xnk kau kne trime hakikat kulit muke kau akan bertukar colour!!! gelap sey!!! nk kate bebelang xyah cte,mmg ketare abis,mane xnye kau kawad kt padang kawad bukan kt dlm hall..nk2 time matahari ketag ats kple..
minggu yg pertame sume berjln lancar utk aku trime..masok minngu kedua kau da trse beban kt bahu kau semakin trase,stress yg masih bole dikawal.tp tp tp...dgn adenye sahabat wa yg wa CINTA,segle stress tu kite akan dpt atsi.itulah pentingnye bersahabat;)
slm ditauliahkan selame 3thun kami bersama dan saat segalenye sudah slesai,masing2 antre kami pegawai suksis seramai 47 org(20 girl 27 boy)
akan bawak haluan masing2,wlopn mgkin ade kesemptn untuk berjmpe  tp suasana akan berubah dan itulah yg membuat kami dak pempuan yg sng kluar air mate nie nangis saat perpisahan terjadi.3thn kami bersame byk memory yg da kteorg create. hanya kami dan Dia saje yg tahu
YA ALLAH berkatilah persahabatan kami andai tiada kesempatan kami untuk bertemu di dunia Kau pertemukanlah kami di syurga nanti....amin......
kenangan time gi lawatan kt TUDM
hahh kau! terbentang indah bnner
hari ke pertame warne kulit msih tdk menankutkan sume mak mentue kt malaysia nie

wktu kelepasan kteorg dak2 UiTM pulau pinang membuang mase bersame sementre mase msih ade=(


wlo ape cabaran trskanlah tersenyum...a.k.a. PASRAH...=)

kau tgk muke aku yg tersenyum riang,gelap yg amat.
dpn aku tu msih putih ini krne genetik dri parents die membuat die nmpk sebegitu.
arrgghhh!! tension aku tgk muke kau ainaa nasa!! same jew
as usual persembahan dari PDRM
barisan kaum adam mengorak lgkh
kaum hawa bersedia melakukn formasi.saat nie mulut kau harus kire step klu x mmg kau berpotensi utk memcacatkan detachmen tu.
itu dia! KPN(ketua polis negara) Tan Sri Ismail Omar meniki kereta istiadat
                                                                          
                 ini aldh situasi biase kau akan lihat saat tibe body da kekurgkan air dan otak kekurgn                          oksigen.maka utk itu bekalan air dan oksigen time kawad sgt3 PENTING!!!!!!!!!!!!!


 last dinner together with skuad 08 family
majlis nie ade jugak terselit kt Utusan Malaysia click here
P/S: SGT JATUH CINTA DGN LAGU ALYAH-KISAH HATI!!
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

01 di pagoh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


Video Kemalangan <b>di Pagoh</b> ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 01 Jun 2011 12:13 AM PDT

Kemalangan ini melibatkan lori dan bas ekspres Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved