Selasa, 21 Februari 2012

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


Bantah kehadiran Anwar <b>di Endau</b> - Utusan Online

Posted: 17 Feb 2012 10:20 AM PST

Bantah kehadiran Anwar di Endau

Bantah kehadiran Anwar di Endau

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.


MERSING 17 Feb. - Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.

Bukan Saja <b>Di Endau</b>, Merata-rata Tempat Di Seluruh Negara Benci <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 07:31 PM PST

RAKYAT sudah mula sedar, buka mata, muak dan benci terhadap ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Rakyat sudah tahu siapa Anwar yang sebenarnya dan rakyat juga tahu kenapa Anwar Beria-ia nak jadi Perdana Menteri. Sebab itulah, sekarang ini, di merata-rata tempat di seluruh negara, rakyat membantah sekeras-kerasnya akan kehadiran Anwar di tempat mereka untuk beceramah. Mereka tak mahu dengar pembohongan Anwar, kerana apa yang terkeluar dari mulut Anwar adalah dari 'mulut Israel'.

SEBAHAGIAN daripada 200 orang yang mewakili parti politik, NGO mengadakan bantahan aman terhadap kehadiran Anwar selepas membuat laporan di Balai Polis Endau, Johor, semalam.


Semalam, di Mersing,  Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah itu menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Masyarakat di sana membantah kehadiran Anwar dan mereka tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana depa sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jesteru dengan itu, mereka tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal mereka kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum. Ehmmm...Anwar ada faham ka?.....padan muka ko nuar.
Tidak setakat membantah akan kehadiran Anwar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing itu juga membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.
Mengetahui ianya akan memudaratkan lagi keadaan di tempat mereka sekirannya Anwar di benarkan datang dan mereka akan berbuat apa saja kerana mereka mahu keamanan sedia ada di kekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk. Begitulah harapan penduduk-penduduk di Endau yang cintakan keharmonian dan kedamaian yang mana mereka tahu kehadiran Anwar tidak lain tidak bukan bercakap atau berceramah bagi pihak Israel. 
Kesimpulan, kepada Anwar Ibrahim, IBM cuma nak beritahu bahawa 'You're Not Wanted' by the peoples of Endau. So, please get out!!!. Sekian.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads