01 di johor bahru - Google Blog Search |
Tempat Makan Best <b>Di Johor Bahru</b> – Pisang Goreng Mawar <b>...</b> Posted: 07 Feb 2012 08:42 AM PST Petang tadi sebelum makan steamboat, kami sempat singgah di kedai Pisang Goreng Mawar yang terletak di perkarangan bangunan Mawar di Jalan Sungai Chat, Johor Bahru. Kedai pisang goreng ini memang sangat popular dan biasa dikunjungi oleh golongan artis, orang kenamaan dan para pemimpin. Tempat ni pun pernah dipaparkan dalam surat khabar. Kalau nak tengok berita tentang tempat ni di Utusan, boleh klik di sini. Selain pisang goreng, ada juga kuih muih lain seperti karipap, samosa, seri muka, lapis kacang dan juga nasi lemak. Tapi menu utama pastilah pisang goreng yang tersangatlah laris. Kalau datang tak beratur memang tak sah. Kalau tak sabar, baik jangan datang. Sebenarnya saya tak terlalu kerap ke sini. Cuma petang tadi tiba-tiba rasa teringin nak makan. Wah, panjang lebar intro. Jom tengok gambar pulak.. Harga banyak ni – RM4.00. Kalau ikutkan agak mahal berbanding tempat lain di Johor. Tapi tempat ni ada kelasnya tersendiri, so okay kot.. Beserta sambal kicap yang menjadi peneman setia pisang goreng Johor Kesibukan di kaunter tempahan Kepada peminat pisang goreng @ goreng pisang, bolehlah cuba makan kat tempat ni ya. Kalau datang Johor tak datang sini, memang tak sah. Khidmat promosi percuma disediakan oleh Fadzilah Mamat Dot Com. |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan