Isnin, 13 Februari 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Probitas Et Fides: { Gambar} Tempat-tempat Menarik <b>di Johor Bahru</b> <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 05:37 PM PST

Assalamualaikum wbt sahabat blogger semua. Semoga kalian semua senantiasa mendapat rahmat Allah SWT. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga syafaat baginda kita perolehi kelak.

Cuti 4 hari yang lalu apa yang sahabat blogger semua buat ? Bagi kami pula, kami berkunjung ke Johor Bahru yakni ibu negeri kepada negeri Johor Darul Takzim. Bagi saya, inilah pertama kali saya berkunjung ke Johor Bahru atau lebih dikenali dengan JB untuk segmen jalan-jalan. Sebelum itu, ada sahabat blogger yang bertanya dimana saya nikmati kacang pool itu seperti dalam entri semalam. Jawapannya adalah di Gerai Makan Hutan Bandar di Jalan Tasek Utara. Boleh tahan juga la sedapnya kacang pool itu hehehehee....Ok, mari kita mulakan perjalanan ya.

Kami bertolak kira-kira jam 10.00 pagi melalui Lebuhraya Utara Selatan. Dengan jarak perjalanan mencecah 310 km, kami singgah di R & R Pagoh 2 jam kemudian untuk berehat sebentar. Selepas itu, perjalanan diteruskan dan kira-kira jam 1.00 ptg, kami tiba di Plaza Tol Skudai. Kemudian, kami meneruskan perjalanan dengan sekali lagi membayar tol di Plaza Tol Kempas dan terus mengambil susur keluar ke Jalan Kempas Lama.

Dari situ, kami terus melalui jalan-jalan seperti Jalan Datin Halimah, Jalan Kolam Ayer seterusnya ke Jalan Tasek Utara ( disini terdapat sebuah Hutan Bandar). Tentu para sahabat bertanya, kenapa kami melalui jalan-jalan ini ? Sebenarnya destinasi kami adalah rumah rehat organisasi iaitu sebuah apartment di Jalan Bendahara off Jalan Yahya Awal. Kami tidak menginap di hotel ( nak save budget heheheh) sebaliknya menginap di rumah rehat yang disediakan oleh organisasi kepada mana-mana staf yang hendak bercuti ke JB.

Jam 1.30 tibalah kami di apartment tersebut dan merehatkan diri sehinggalah ke petang. Kira-kira jam 4.00 ptg, baharulah kami keluar untuk melepak sekitar JB. Destinasi utama tentulah Dataran Danga Bay. Dataran Danga Bay ini bolehlah saya ibaratkan sebagai Padang Kota kalau di Pulau Pinang. Ia sebuah tempat yang terletak di tepi pantai tetapi pantainya tidak boleh mandi . Uniknya tempat ini adalah kita boleh lihat bot dan kapal pelancong sedang berlabuh disini( macam di Pulau Langkawi plak). Tidak susah untuk ke sini kerana ia terletak di jalan utama dikenali dengan nama Jalan Skudai ( ke dah tukar nama pi lebuhraya kerana ianya agak besar). Layanlah beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan.


Inilah mercu tanda Dataran Danga Bay. Nama Marina ada disitu. itu sebab saya kata ia seperti di Pulau Langkawi.


Contoh bot-bot pelancong yang berlabuh disini. Serius seperti berada di Marina Bay, Pulau Langkawi.


Antara mercu tanda yang unik terdapat disini. Sebuah kereta api lama. 1887 itu mungkin tahun ia dibina kan huhuhuhh...


Vision City of The South
adalah cogankata bagi Iskandar Malaysia. Saya yakin JB akan semakin maju dalam menarik pelancong khususnya apabila Lego Land siap nanti. Tetapi dekat mana tapak Lego Land itu?? huhuhuh...


Antara kapal pelancong yang sedang 'merehatkan diri' disitu hihihihhh....


Suasana indah matahari sedang pulang ke 'rumahnya'. Maaf kualiti gambar kurang memuaskan. Tengok kat henset ok tapi bila dah transfer tak ok plak..Nak edit, tak reti huhuhuhh....


Apabila malam menjelang tiba, sinaran lampu neon menerangi Danga Bay ini.


Simpat singgah sebuah restoran cina disini untuk melihat hidupan yang akan dimasak. Ambil gambar boleh tetapi makan tidak boleh hehehhee...


Mercu tandanya adalah seekor udang gergasi hihihihih...

Kemudian, kami ke Tune Hotels yang terletak berdekatan Danga Bay ini. Bukan untuk check in tetapi mengambil tiket bas yang sudah ditempah. Passport dah ada, tiket pun dah beli, Singapore pun dah boleh jenguk. Takkan nak pandang je kan..hihihih..Jadi, esok kita akan ke Singapore ya...Nantikan entri esok ya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads