01 di johor bahru - Google Blog Search |
KURSUS TENDAI <b>DI JOHOR BAHRU</b> - Hadzrin.com Posted: 24 Feb 2012 07:49 AM PST Hari ini sudah mula bersiap untuk berangkat ke Johor Bahru untuk mengadakan kursus Pengijazahan Tendai di Johor Bahru pada Ahad (26 Feb) ini bermula jam 11 pagi sehingga 5 petang. Bangunan MPC Bandar Baru Uda. Selama ini saya tersebut NPC….rupa-rupanya M tu mewakili Malaysia. Suasana pembelajaran yang santai, relaks dan penuh dengan pengembaraan ke dimensi spiritual….insyaAllah. Bila outstation, sudah tentu saya tidak membuka internet kerana sibuk membuat training dan melawat kawasan. Selain buat kursus di Johor, ada juga sambil-sambil meluaskan projek emas di sana. Setakat ini ada beberapa consultant dari Selatan nak belajar skill. Agak lama juga tak turun Johor. Kalau turun , pasti singgah di gerai ABC Khairul, restoran Abang Ali dan Senibong Seafood. Di tempat lain seperti di Kuantan insyaAllah pada bulan Mac nanti. Ada juga yang minta turun ke Jakarta. Minta maaf sahaja, di Malaysia tak cukup tangan. Kursus ini bukan untuk semua orang sebenarnya. Bagi yang tak terbuka hati memang bukan rezeki dia untuk mendalami bidang ini. Kursus ini khusus untuk ahli tendai yang sudah mengambil pengijazahan tetapi tidak tahu menggunakan aplikasi ilmu mereka. Ada yang betanya, mengapa tak bagi kursus Free, besar pahala. Idea yang bagus juga….daripada pemikiran kanak-kanak yang hanya tahu minta gula-gula dan mainan dari sang ayah atau sang ibu. Kebiasaannya yang nak minta free adalah orang yang tidak menghargai ilmu dan orang yang hidupnya tidak senang. Mengapa tidak senang? Sebab tidak ada role model orang yang berjaya dia ambil untuk dia jadi berjaya kecuali yang ada perasaan cemburu. Kalau dia berniaga sekalipun, boleh beri cadangan pada dia suruh bagi free. Mengapa perlu bayar ? Sewa dewan, makan, kos bahan semuanya ada harganya. Sebab itu kanak-kanak kecil tidak mengerti kos barang mainan dan gula-gula yang dia minta pada ayah atau ibunya. Bayangkan jika anda sedang berjalan-jalan ke kedai dan melihat barang yang dijual di kedai itu lalu berkenan tetapi memandangkan anda tidak mampu dan ia bukan barang yang free, lalu anda tinggalkan sahaja kedai tersebut. Serupa juga dengan apa yang ada disini, jika tak suka dan tak nak beli, tinggalkan sahaja. Tak perlu nak buang masa di kedai itu. Orang kedai itu pun boleh simpan sahaja barang dan ilmu dia. Jika berkenan… ambik, tak nak tinggal. Tak ada siapa yang memaksa. Melainkan jika ada yang benar-benar memerlukan tetapi tidak berkemampuan, atas budi bicara, dia berjaya dan dapat juga milikinya. Tak ada orang yang tidak berpeluang untuk meningkatkan diri dia. Bergantung pada budi bicara dan budi bahasa yang dia tunjukkan. Jika ada sebarang pertanyaan tentang Emas, Permit, Tendai, boleh hantar soalan dan ambik tiket soalan anda di www.support.hadzrin.com |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan