01 di kota tinggi - Google Blog Search |
Sebentar <b>Di Kota Tinggi</b> Posted: 21 Jan 2012 07:40 AM PST Bila bermula sahaja cuti panjang, perkara pertama yang telah dirancang tentunya balik ke kampung! Namun begitu selain daripada rancangan balik ke kampung, ada beberapa jemputan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Hari ini kami ke Bandar Kota Tinggi untuk menghadiri satu majlis perkahwinan. Jemputan dari seorang rakan lama. Memang sudah agak lama tidak ke Bandar Kota Tinggi. Kalau diikutkan sudah lebih 10 tahun Saya tidak ke sana. Jadi gambaran yang ada dalam pemikiran Saya tentunya tidak sama dengan gambaran sebenar. Banyak perubahan yang telah berlaku di Bandar Kota Tinggi terutamanya kewujudan taman-taman baharu serta Stesen Bas Terminal Kota Tinggi yang telah beroperasi sebelum sampai ke Jambatan Kota. Disebabkan sudah banyak yang berubah, Saya beberapa kali telah tersilap jalan walaupun peta lokasi untuk ke majlis perkahwinan tersebut ada disertakan. Bila sudah beberapa kali tersilap memasuki simpang, akhirnya ingatan sedikit demi sedikit telah kembali. Bermula dengan memilih jalan yang betul dan dengan bantuan peta lokasi yang diberikan, Alhamdulillah akhirnya kami berjaya mencari lokasi majlis. Memang sukar untuk mengembalikan ingatan tetapi bila sudah cukup dicabar dan dirangsang, semuanya sudah berjaya dipulihkan. Sesekali mencari arah tanpa bantuan GPS boleh jadi perkara yang menyeronokan. |
Lapan mayat warga asing terdampar <b>di Kota Tinggi</b> Posted: 01 Feb 2012 09:09 PM PST KOTA TINGGI – Penduduk di Pantai Semayong dekat sini semalam tergamam apabila menemui lapan mayat lelaki warga asing terdampar tidak jauh antara satu sama lain di pantai itu. Kesemua mayat dipercayai warga Iraq dan Afghanistan itu ditemui pada pukul 8 pagi. Mayat lapan lelaki itu merupakan antara 25 penumpang bot pancung yang karam pada kedudukan 7 batu nautika dari Teluk Semayong, Sedili pada pukul 6.30 pagi. Selain lapan mangsa yang maut, lima lagi warga asing masih hilang manakala 12 lagi selamat. Bot yang membawa 25 penumpang termasuk seorang tekong itu karam semasa cuba menyeludup keluar dari negara ini dan dipercayai menuju ke Batam, Indonesia untuk dijadikan lokasi transit sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain. Kejadian tersebut berlaku selepas bot pancung itu dipukul ombak kuat dan diburukkan lagi apabila membawa lebih penumpang. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian bot karam pada pukul 8 pagi daripada penduduk tempatan yang menemui lapan mayat lelaki yang terdampar di tepi pantai Teluk Semayong di sini. "Siasatan awal mendapati kesemua 25 warga asing itu dipercayai ingin keluar dari negara ini sebelum bot dinaiki mereka dipukul ombak dan menyebabkan karam. "Mengikut mangsa yang selamat, tekong bot berjaya melarikan diri. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan," kata beliau pada sidang akhbar di Balai Polis Tanjung Sedili di sini semalam. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di kota tinggi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan