Jumaat, 3 Februari 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Satu lagi mayat mangsa bot karam <b>di Kota Tinggi</b> ditemui <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2012 02:15 AM PST

Satu lagi mayat mangsa bot karam di Kota Tinggi ditemui

02/02/2012 5:54pm

JOHOR BAHRU 2 Feb. – Satu mayat mangsa kejadian bot pancung karam di Teluk Semayong, Sedili Besar, dekat Kota Tinggi ditemui hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat tragedi itu meningkat kepada sembilan orang, setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Che Mahazan Che Aik berkata, mayat lelaki berkenaan ditemui pasukan Gerkan Marin yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di pantai Teluk Semayong kira-kira pukul 2.20 petang.

Katanya, mayat itu dihantar ke Hospital Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Che Mahazan berkata, pihaknya dalam pada itu menahan enam lelaki rakyat asing yang mengaku sebagai rakyat Afghanistan di pantai Kuala Sedili, malam tadi.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 35 tahun itu ditemui berkeliaran di kawasan berkenaan tanpa dokumen pengenalan diri, kira-kira pukul 10 malam.

"Polis tidak tahu jumlah sebenar rakyat asing yang menaiki bot dalam kejadian terbabit. Jadi, kita masih menyiasat jumlah mereka dan buat masa ini usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan," katanya.

Semalam, lapan lelaki rakyat asing mati lemas, lima hilang, manakala 12 lagi selamat apabila bot pancung yang mereka naiki karam di kedudukan tujuh batu nautika dari perairan Teluk Semayong, Sedili Besar. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • feri karam kota tinggi
  • karam 12 januari sedeli
  • map of teluk semayong

Short URL: http://broadcast.my/?p=42307

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads