Khamis, 2 Februari 2012

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


MUJUR TIADA MI BANDUNG CETAK ROMPAK <b>DI MUAR</b> (UPDATED)

Posted: 27 Jan 2012 02:29 AM PST

Debaran tidak pernah berhenti sewaktu kru Majalah 3 meredah hutan paya gambut berair hitam di Paya Kopi, Pagoh, Muar, Johor, semalam. 


Meranduk air separas pinggang, sesekali terasa bagai ada reptilia berbisa cuba mematuk betis di dalam air.

Sekaligus peluh sejuk mula membasahi dahi.

Gambar pertama saya rakamkan dari ruang berhampiran dada sewaktu berjalan, untuk dikongsikan bersama pembaca point of view sebenar.


Saya terlalu kagum dengan kekentalan semangat, pencari ikan Pelaga, Betta Bellica, Misman Kasran, 45 tahun. Dia mula menjadikan kawasan paya gambut itu sebagai laman mencari rezeki sejak 30 tahun lalu.


Berikut gambar ikan istimewa dicari.
Di kawasan sama kedapatan pelbagai jenis flora dan fauna turut disaksikan dua kakitangan Institut Penyelidikan Perikanan, FRI Glami Lami, Jelebu, Negeri Sembilan.
Sekitar jam 2 petang, kami hampir diserang dek ular Tiung, antara spesis ular berbisa.
Kejadian itu rakamkan oleh jurukamera dan bakal disiarkan pada 11 Februari 2012, jam 9 malam.


Selepas pulang ke Classic Hotel di Jalan Ali, Muar, Johor, badan terasa longlai tetapi kepenatan tidak mampu menghalang saya merakamkan gambar kehijauan daun pokok ditanam di luar lobi hotel.


Muar amat terkenal dengan Mi Bandung enak justeru pada awalnya saya beranggapan terdapat kedai menjual juadah terbabit di lokasi gambar dirakamkan.
Mari kita lihat apa di sebalik daun?
Saya dimaklumkan penghantar cepat restoran makanan segera terbabit cuma memakir motosikal mereka berhampiran premis 'panas' itu.


"Di bandar Muar ini hanya terdapat 2 kedai menjual DVD cetak rompak. Kedai di hadapan hotel itu dibuka sekitar jam 11 pagi dan ditutup pada 10 malam. Sebaik ditutup, satu lagi kedai berhampiran akan beroperasi sehingga jam pagi," ujar sumber.
Sewaktu makan semalam, saya berpeluang merekodkan gambar kedai kedua terbabit.

Mujur tiada Mi Bandung cetak rompak di Muar.

Sila sebarkan entri ini semoga sampai ke pengetahuan pihak berkuasa di Muar.
Jam  6.41 petang tadi, saya bertindak menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar dan kemudian disambungkan ke Bahagian Siasatan Jenayah Komersil.
"Selamat petang encik. Nama saya Mazidul Akmal Sidik. Saya ingin meminta tolong sedikit. Saya tinggal di Classic Hotel, di hadapan hotel ini kedai menjual DVD cetak rompak kelihatan terlalu meriah. Justeru tidak molek kalau setiap orang keluar masuk di hotel ini melihat kegiatan itu. Kedai kedua terletak berhampiran. Malam tadi, saya terlihat 4  kanak-kanak dianggarkan berusia di antara 8 dan 12 tahun masuk ke kedai itu. Barangkali ibu dan ayah tidak mampu membeli perisian asli permainan video, saya pun tidak boleh berbuat apa. Tadi saya berdiri di luar lobi, beberapa orang datang dan memberitahu, DVD movie dijual dengan harga RM6 manakala lagu MTV, RM8. Gambar dan cerita, saya telah muatkan di http://mazidulakmal.com. Kalau ada masa mohon encik tengok sekejap maklumat di blog," ujar saya.
"Ok," balas penyambut panggilan.

Full content generated by Get Full RSS.

CELAH GELEGAR: Kemalangan <b>di Muar</b>, mangsa terperosok <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 07:42 PM PST

Muar: Anggota Bomba dan Penyelamat Muar berusaha untuk mengeluarkan mangsa yang dikenali sebagai Rusmi Mahpoz,42 yang terperosok di bawah tayar treler di dalam parit di Batu 17 Jalan Ayer Hitam-Muar berdekatan Bukit Naning. Treler berkenaan gagal berhenti dan berlanggar dengan tiga buah kenderaan lain sebelum terbabas dan merempuh mangsa serta warung di bahu jalan sebelum jatuh ke dalam parit berhampiran
Full content generated by Get Full RSS.

aku mamat fasalitas: minggu <b>di muar</b>, hujung di pasir

Posted: 07 Jan 2012 12:00 AM PST

setibanya di perkarangan rumah, jam 9 malam, adam dan annuar sedang menggegarkan pintu pagar, di belakang mereka akmal dengan secawan kopi panas, dikuti nurul dengan dua jari manisnya menutup dua telinganya, ibu mereka mengunci pintu rumah, manakala along mengawal selia adk adiknya,

demi saja handbrake di tarik, pintu penumpang , depan belakang dibuka sentap, menderu mereka masuk, macam gaya ferari schumaker di pit stop, kreng kreng, tak sampai 5 saat, well untuk aklu, 30 saat, naza mengundur, dan terus bergerak membelah malam...aku tak risau tuntutan fardhu sudah ditunaikan di macap , ,
assalamualaikum,

mana kita,
kg melayu majidee,

murtabak ayam spesel jadi target.

bang, murtabak ayam spesel 4 bungkus

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads