ads

Sabtu, 18 Februari 2012

01 di pagoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


Karnival SMM Bersama Rakyat <b>Di Pagoh</b> 3 Mac Ini

Posted: 16 Feb 2012 07:33 PM PST

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menganjurkan Karnival SMM Bersama Rakyat pada 3 Mac ini di Pagoh, Muar, Johor.

SSM melalui satu kenyatan media memberitahu, karnival itu diadakan di Kompleks Sukan Pagoh dan dijadual dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Karnival ini bertujuan meningkatkan serta menyematkan kesedaran orang ramai tentang fungsi dan peranan SSM," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu,  Karnival SMM Bersama Rakyat juga bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan memperbadankan syarikat.

Selain itu, ia juga akan menjelaskan tentang kewujudan skim pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan penerangan berkaitan skim perniagaan secara francais.

Kata kenyataan itu, karnival itu turut diwarnai dengan pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, kuiz, taklimat kerjaya, sukan rakyat, sukaneka dan mini konsert.

Justeru, orang ramai diminta datang memeriahkan karnival tersebut sekali gus mendapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved