Sabtu, 18 Februari 2012

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


PROGRAM KEBAJIKAN DUN MAHARANI <b>DI PARIT RAJA</b> MUAR

Posted: 02 Feb 2012 06:45 AM PST


LAGI PROGRAM KEBAJIKAN DUNMAHARANI

 Khamis 2 Februari 2012, jam 2.30 petang
Warong Asam Pedas Osman di simpang Pt Raja-Jalan Junid Muar

Petang ini satu lagi program kebajikan dalam DUN Maharani telah selamat dijalankan. Program kali ini dikelolakan oleh Puan Norizan Adnan, seorang muslimat yang cukup gigih dalam kerja-kerja  kebajikan dalam DUN Maharani.

Majlis ini adalah rentetan dari pelbagai yang aktiviti kebajikan yang dijalankan dalam DUN Maharani sepanjan masa. Alhamdulillah dengan sumbangan daripada penderma-penderma, majlis ini telah dapat disempurnakan dengan jayanya. Dalam majlis ini seramai 30 orang penduduk di sekitar Kg Pt Raja, Pt Sakai,Pt Prupuk telah dijemput khas untuk menerima sumbangan beras dan wang tunai. 3 orang menerima kerusi roda kerana kudong kaki, angin akhmar dan kecacatan mental.

Majlis dimulakan dengan jamuan makan, beriani kambing yang dimasak oleh Cef Pak Atan yang terkenal dengan masakannya di majlis-majlis perkahwinan.Suasana sungguh meriah dengan kehadiran hampir 100 orang.

Selepas jamuan, YB Dr Mohammad telah merasmikan majlis dengan mengucapkan terima asi kepada Puan Norizan Adnan yang menguruskan majlis ini dan juga tuan punya warong, Sdr Osman Lani, yang mengizinkan warongnya dijadikan tempat jamuan dan menyampaikan sumbangan.Beliau juga menerangkan fungsi wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dinafikan peruntukannya tetapi tetap terus berkhidmat untuk rakyat.. Walaupun kawasan ini dimenangi pembangkang, pmbangunan terus berjalan dengan baik, malahan lebih baik dari sebelunya. Ini menunjukkan kehadiran pembangkang dapat memastikan tanggung jawab kerajaan yang memerintah berjalan dengan lebih sempurna.Dengan bantuan para penderma pihak ADUN masih dapat berfungsi membantu rakyat. Setiap tahun DUN Maharani mendapat peruntukan ADUN sebanyak RM200,000.00  setahun , peruntukan tambahan RM200,000.00 setahun dan tambahan RM50,000.00 untuk aktiviti lain.Kesemua peruntukan ini dikendalikan oleh pihak Barisan Nasional , seorang Pegawai Khas Menteri Besar Johor.Beliaulah tempat rakyat mengadu untuk mendapatkan peruntukan tersebut. Namun begitu ADUN Maharani tetap membantu rakyat menyampaikan masalah mereka kepada pihak yang bertanggungjawab.

 YB Dr Mohammad menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis.

 Pengerusi Majlis, Sdr Abd Razak Sulaiman, memulakan majlis.

 Jamuan dimulakan sebelum pemberian sumbangan.

 Tetamu Tionghua yang turut menerima sumbangan.

 Rakan-rakan wartawan turut diraikan

 Tetamu menikmati hidangan.

YB Dr Mohammad bermesra dengan tetamu.

 

YB Dr Mohammad bersama orang kuat penganjur, Puan Norihan Adnan

dan Pengarah MTD Maharani, Sdr Abu Bakar Ismail.

Setelah selesai jamuan dan ucapan majlis penyampaian sumbangantelah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taslim.Para penerima sumbangan sangat berpuas hati dengan sumbangan yang mereka terima.

Cenderamata untuk tuan rumah, Sdr Osman Lani. 

Warong beliau initerkenal dengan asam pedasnya.

 


Seorang Tionghua turut menerima sumbangan.

 

Sedikit sumbangan untuk meringankan beban.
 

Mereka yang berhak tetap dibantu.
 


Seorang penerima kerusi roda cukup bersyukur kerana selama ini 
beliau dan ibunya bergilir-gilir menggunakan sebuah kerusi roda yang sudah uzur.

Para penerima kerusi roda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads