01 di pasir gudang - Google Blog Search |
- Kapal TLDM terbakar <b>di Pasir Gudang</b> - Utusan Online
- CITARASA RINDUAN: Sepetang <b>Di Pasir Gudang</b>
- Dia buat dah: Kapal TLDM terbakar <b>di Pasir Gudang</b>
Kapal TLDM terbakar <b>di Pasir Gudang</b> - Utusan Online Posted: 13 Jan 2012 09:50 AM PST Kapal TLDM terbakar di Pasir Gudang13/01/2012 6:32pm JOHOR BAHARU 13 Jan. - Malaysian Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) hari ini mengesahkan berlaku satu kebakaran membabitkan kapal KD Mutiara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di limbungannya di Pasir Gudang, di sini semalam. MMHE menerusi satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 malam semalam yang menyebabkan kapal tersebut mengalami kerosakan di bahagian depan. "Tiada sebarang kemalangan membabitkan kapal-kapal lain atau kemudahan di limbungan MMHE akibat kebakaran itu. Kebakaran itu berjaya dipadam pihak bomba dan penyelamat menjelang tengah malam dan jumlah kerugian sedang disiasat," kata kenyataan berkenaan. Menurut kenyataan itu lagi, KD Mutiara yang merupakan kapal mengukur hidrografi berada di MMHE untuk kerja-kerja baik pulih yang dijangka siap Mei depan. Kebakaran terbabit tidak menyebabkan kecederaan atau pencemaran. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukul 8.21 malam dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit kemudian. "Kebakaran di atas kapal empat tingkat dengan panjang lebih 70 meter itu berjaya dikawal satu jam kemudian sebelum pihak kami berjaya memadamkan api sepenuhnya kira-kira pukul 3.30 pagi," katanya. Beliau berkata, sebanyak 15 jentera termasuk kenderaan utiliti milik bomba dan penyelamat negeri dikerah ke tempat kejadian. — BERNAMA |
CITARASA RINDUAN: Sepetang <b>Di Pasir Gudang</b> Posted: 18 Jan 2012 06:15 AM PST Kami layan suasana petang di sepanjang tasik bersebelahan Masjid Pasir Gudang, dan Pusat Layang2 Pasir Gudang.. hah!! Untuk makluman, 15-19 Febuary 2012, ada pesta layang2 tau.. jom meramaikan…. Kami main cak2 bah di tepi tembok yang ada.. Suka sebab pelbagai aktiviti yang ada disepanjang tasik Pasir gudang, ada orang jogging, ada orang berkayak dan ada orang makan2 steamboat disitu, gerai kat situ adalah dari lori2 yang menjual makanan dan minuman panas dan sejuk Kami menyusuri kawasan perindustrian.. tempat kerja En Zalie 15 tahun dahulu… mulut suamiku tak henti bercerita tentang tempat kerja lamanya.. aku terhibur sama… Umai ketawa tanda bahagia milik kita Hujan lebat dan jem sepanjang perjalanan kami pulang kerumah.. Walau rasa agak tertekan.. tapi kami terhibur dengan suasana petang kami di pasir gudang PS: terima kasih buat blogger ini, kerana menjemput kami ke tempat kerjanya, belum ada rezeki bertemu beliau kerana ku kurang arif kawasan disitu.. Insyallah, ada jodoh.. kita jupa ya.. |
Dia buat dah: Kapal TLDM terbakar <b>di Pasir Gudang</b> Posted: 13 Jan 2012 06:16 AM PST JOHOR BAHARU 13 Jan. - Malaysian Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE) hari ini mengesahkan berlaku satu kebakaran membabitkan kapal KD Mutiara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di limbungannya di Pasir Gudang, di sini semalam. MMHE menerusi satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 7.30 malam semalam yang menyebabkan kapal tersebut mengalami kerosakan di bahagian depan. "Tiada sebarang kemalangan membabitkan kapal-kapal lain atau kemudahan di limbungan MMHE akibat kebakaran itu. Kebakaran itu berjaya dipadam pihak bomba dan penyelamat menjelang tengah malam dan jumlah kerugian sedang disiasat," kata kenyataan berkenaan. Menurut kenyataan itu lagi, KD Mutiara yang merupakan kapal mengukur hidrografi berada di MMHE untuk kerja-kerja baik pulih yang dijangka siap Mei depan. Kebakaran terbabit tidak menyebabkan kecederaan atau pencemaran. Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu pada pukul 8.21 malam dan sampai ke tempat kejadian tujuh minit kemudian. "Kebakaran di atas kapal empat tingkat dengan panjang lebih 70 meter itu berjaya dikawal satu jam kemudian sebelum pihak kami berjaya memadamkan api sepenuhnya kira-kira pukul 3.30 pagi," katanya. Beliau berkata, sebanyak 15 jentera termasuk kenderaan utiliti milik bomba dan penyelamat negeri dikerah ke tempat kejadian. — BERNAMAUtusan Malaysia Online - Terkini: |
You are subscribed to email updates from di pasir gudang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan