Khamis, 23 Februari 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Jom tengok Layang-layang Gergasi <b>di Pasir Gudang</b>!

Posted: 15 Feb 2012 03:00 AM PST

Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang!

Festival Layang Layang Antarabangsa 2011 Jom tengok Layang layang Gergasi di Pasir Gudang!

Festival Layang-layang Sedunia 2012 telah pun berlangsung bermula hari ini 15 Feb hingga 19 Feb 2012. Setiap tahun memang aku sekeluarga tidak melepaskan peluang berkunjung ke Bukit Layang-layang Pasir Gudang untuk  menyaksikan himpunan layang-layang gergasi dari pelbagai negara. Memang berpesta beb!

Gambar atas tuh adalah gambar tahun 2011 lepas. Menarik bukan? Festival kali ke-17 untuk tahun 2012 nih maybe aku akan pergi hujung minggu nih bersama keluarga tercinta. Biasanya, layang-layang gergasi dari pelbagai negara tuh hanya akan ada pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Tak Sabtu, Ahad aku pasti akan ke sana. Masa bawak anak aku si Danish tahun lepas pun dia dah teruja. Apatah lagi tahun nih, akal dah cerdik..hehe. Al-maklumlah diam tak diam dah 3 tahun lebih umurnya.

Sekurang-kurangnya, ada juga aktiviti menarik untuk riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Kalau teman-teman pembaca sekalian pun ingin turut serta, jom berkunjung ke Pasir Gudang. Festival macam nih setahun sekali jer. Bukit Layang-layang memang antara destinasi menarik di Johor untuk dikunjungi apatah lagi ketika musim Festival macam nih. Siap ada Muzium Layang-layang lagi di sana. So, jangan lepaskan peluang.

Kalau tak tahu bagaimana nak ke sana, nih ada beberapa info yang maybe dapat membantu..

Festival Layang-layang Sedunia 2012 | Pasir Gudang World Kite Festival

  • Tempat : Bukit Layang-layang Pasrir Gudang
  • Tarikh : 15~19 Feb 2012
  • Keterangan lanjut berkaitan Jadual program atau apa saja info berkaitan Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ni, boleh layari laman sesawang : Kite Fest Pasir Gudang

p/s – Wau Bulan dan wau-wau Melayu lain tetap mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tetap megah melayang bersama Layang-layang Gergasi yang jauh lebih moden dan canggih.. icon wink Jom tengok Layang layang Gergasi di Pasir Gudang!

Jumlah dibaca :400

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads