Isnin, 13 Februari 2012

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Suara Simpang Kiri: <b>PARIT SULONG</b> KEHABISAN MINYAK MAKAN

Posted: 05 Feb 2012 04:48 PM PST

Berpusing-pusing aku dibuatnya untuk mencari minyak makan pagi semalam. Isteri sudah buat karipap dan tinggal nak goreng saja. 


Dari satu kedai, ke satu kedai aku pergi, satu pun tak ada, sama ada yang besar atau yang berpaket. Akhirnya aku terpaksa beli minyak jagung.


Seorang daripada pekedai berkata, "Biasa awal bulan memang bermasalah, nanti di pertengahan bulan, masalah kekurangan minyak makan ini tidaklah seteruk ini"


Semalam juga, aku ke Parit Raja, dan masalah kekurangan minyak makan juga berlaku di kawasan tersebut.


Negara kita ini memang sangat ajaib. Setiap kali kita celik mata, mesti nampak pokok kelapa sawit, tetapi yang anehnya minyak kelapa sawit tak ada di pasaran.


Masalah ini akan selesai kalau harga minyak makan ni dinaikkan ke RM 3.50 sekg. Dulu gula pun macam tu juga, apabila harga gula dah dinaikkan masalah pun selesai dan gula pun melimpah-limpah di pasaran. Siapa yang menguasai siapa? Sudah terang lagi bersuluh, kaum kapitalis telah menggunakan kuasa mereka.


Bagi kita sebagai pengguna eloklah mengubah cara kita memasak. Kita boleh kukus ikan, daging, kuih. Selain itu kita gunakan oven. Kurangkan makanan bergoreng, selain dapat menjaga kesihatan, dapat juga mengajar pihak pengeluar yang tamak haloba itu. 


Harga sayur dan ikan juga sangat melampau. Pergi sahajalah ke pasar. Pesta kenaikan harga barang telah bermula. Yang turun cuma hujan. Bersyukurlah kepada Allah yang Amat Pemurah lagi Amat penyayang, kerana nikmat Allah ini  kita dapat dengan percuma sahaja.




Sewaktu berkunjung ke rumah mertua di Pt Raja, aku sempat merakamkan video tentang blog MISS MIRROR sebagai blog terpilih minggu ini dalam rancangan Apa Kata Wanita TV1 jam 3.50 petang semalam. Maaflah Sam, video kurang cantik. Nampak klasik pulak...Gedik-gedik video itu macam blognya juga. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads