Sepatutnya pada pukul 3 petang ni saya ada temujanji dengan seorang klien saya di sebuah bank di Skudai.
Setengah jam sebelum pergi, laptop saya kehabisan bateri jadi saya caj terlebih dahulu.
Selepas saya bersiap-siap nak keluar, laptop masih takde bateri. Rupa-rupanya charger tu rosak. Memang sebelum tu charger tu terjatuh atas kecuaian saya.
Memandangkan objektif untuk jumpa klien adalah untuk update status pelaburan (yang memerlukan data yang ada dalam laptop) maka terpaksalah saya membatalkan temu janji saya pada hari ni.
Memang betul sangat kita hanya mampu merancang..
Sekarang saya dan suami dalam perjalanan ke pusar servis Acer di Plentong untuk menghantar charger atau power adaptor laptop Acer saya.
Jom tengok gambar laptop comel yang dah banyak berjasa kepada saya..
Comel kan?
Best tau pakai laptop Acer Aspire One ni. Kecik. Ringan. Bateri pun tahan sampai 7 jam. Sesuai sangat untuk blogger yang gigih ni.
Update = Bagus sangat pusat servis Acer. Kami terus diberikan power adapter baru. Alhamdulillah.. Bersyukur sangat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan