Khamis, 8 Mac 2012

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Cerita Hantu <b>di</b> Sekolah saya (<b>Batu Pahat</b> Johor) - JOM! SKoDeNG <b>...</b>

Posted: 17 Feb 2012 06:57 PM PST

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..


Tadi bukak forum cari.com update pasal cerita hantu. So aku letak sekali cerita yang aku share kat kawan-kawan kat sana tentang cerita hantu Batu Pahat. Baru aku tau selain cerita-cerita yang aku tau banyak lagi kisah yang aku tak tahu yang mana kejadiannya berlaku dekat-dekat je tempat tinggal aku. Tapi kali ni just nak cerita kisah hantu kat sekolah aku je. Nama sekolah aku rahsiakan dulu karang ada pulak yang nak mintak tukar sekolah sebab takut. ehhee.. so layankan ye.

1) Dulu sebelum bangunan baru 4 tingkat dibina di bahagian belakang sekolah (betul2 bersebelahan kawasan perkuburan Islam), ada satu bangunan setingkat yang usang dan lama xdigunakan. Aku pelik kenapa bangunan tu tak digunakan. Katanya dulu ada kejadian bunoh diri di situ dan selalu terjumpa hantu xde kepala merayau2 sekitar situ. Ini disahkan oleh cikgu pendidikan seni aku yg duduk di bangunan bersebelahan. Dia pernah tenampak hantu takde kepala dlm pukul 6 pm semasa dia nak pulang dari balai pendidikan seni.
2) Di balai pendidikan seni di bahagian bawah, atasnya ialah perpustakaan sekolah dan pusat sumber. Cikgu seni aku sorg lagi yang juga cikgu yang mengawal pusat sumber berkata, ada satu keluarga bunian tinggal dalam bilik sumber. Dia pernah terjumpa orang tua duduk dalam bilik sumber dan mereka bukan manusia tetapi orang bunian / jin. namun mereka xkacau sesiapa. Bilik sumber memang sunyi dan jarang digunakan. Aku pernah masuk sekali mujur aku xtahu cerita and xjumpe apa2.
3) Tandas wanita yang terletak juga berdekatan bangunan lama tu telah diletakkan peraturan bahawa tidak boleh dimasuki oleh seorang. So, pelajar wanita wajib berteman nak masuk tandas. Sebab banyak kejadian histeria pernah berlaku setelah masuk tandas tu. Aku pernah dengar cerita bahawa ada pelajar wanita ternampak perempuan berambut panjang mengerbang dalam tandas wanita. Kak Ponti agaknya. Dan aku pernah dengar pelajar wanita mati dalam tandas. Ni aku xtahu sahih ke tak.
4) di bangunan yang sama dengan tandas wanita adalah bilik guru. Pernah satu hari beberapa orang cikgu telah buat kerja sampai lewat malam. Then mereka beransur pulang. Salah sorang cikgu ni tertinggal kunci (cikgu seni aku yg jaga pusat sumber / perpustakaan tu). Then apabila dia masuk semula bilik guru yang gelap tu tetibe terdengar bunyi ketawa yang cukup kuat dan dari suara yang banyak. seolah-olah bilik guru itu penuh dengan umat manusia. terus demam seminggu.
5) Seorang pengawal keselamatan pernah melihat satu objek putih terbang menembusi bangunan 3 tingkat sekolah tersebut. Objek macam pontianak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads