Isnin, 5 Mac 2012

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di desaru</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2012 06:15 PM PST

URL Sumber Asal :-

gila nescafe: <b>Desaru</b> Damai Beach Resort, <b>Desaru</b> Johor Bahru

Posted: 31 Jan 2012 07:52 AM PST

Assalamualaikum wbt & Salam 1 Malaysia
Sudah lama saya tidak buat entry berkenaan dengan budget hotel kan...memandangkan tahun lepas saya rajin bercuti so salah satu destinasinya adalah di Desaru, Johor Bahru... Perjalanan ke Desaru mengambil masa lebih kurang 5 jam sahaja dengan menggunakan laluan baru yang siap dibina.. bagi kami yang baru 1st time sampai ke Johor Bahru ni agak mengelirukan juga la coz jalan yang menghubungkan Senai Desaru Expressway dari exit Skudai belum siap sepenuhnya..mengikut signboard di tapak anda perlu ke kanan tetapi yang sebenarnya anda perlu membuat pusingan u-turn untuk ke Highway tersebut..melalui Senai Desaru Expressway ni sungguh la menyeronokkan kerana keadaan jalan yang baik dan kawasan di sekitarnya dikelilingi dengan pokok-pokok dan juga tumbuhan-tumbuhan yang menarik,..bagi anda yang memulakan perjalanan dari Selangor, K.L atau sebelah utara, anda tidak perlu risau berkenaan dengan stesen minyak. Ini kerana di highway tersebut terdapat stesen minyak Shell di bahagian kiri dan kanan termasuklah R&R.. saya sangat-sangat menggalakkan anda untuk sampai di highway tersebut sebelum jam 7 malam kerana suasananya sangat sunyi, sepi dan bahaya... 
Budget Hotel yang saya pilih kali ini adalah di Desaru Damai Beach Resort memandangkan harganya yang murah dan keadaan biliknya yang sangat besar. Harga untuk 1 malam bagi bilik 4 orang adalah RM 90 tetapi bilik tersebut boleh memuatkan seramai 8 orang..mempunyai dua katil queen, bath tab, koridor & fridge..so adakah anda merasa rugi dengan harga tersebut??mungkin tidak kan..saya baru je tengok website terbaru resort ini dan harganya telah naik dari RM 90.00 ke RM 140.00..Desaru Damai Beach Resort dilengkapi dengan kolam renang, snooker, karaoke, kafeteria dan juga mempunyai car park yang banyak...Kolam renang ada dua jenis , satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak...cuma saya tidak gemarkan staffnya disini kerana staffnya tidak memberikan kerjasama yang baik dalam penyediaan tempat bilik seperti yang dijanikan, tempat BBQ & juga tidak memaklumkan kepada anda sekiranya ada barang yang tertinggal di dalam bilik.. so sila pastikan segala barang yang berharga tidak tertinggal di bilik hotel ya...
bagi yang sukakan kedamian dan suasana yang sunyi , Desaru adalah tempat yang paling sesuai untuk mencari ketenangan tanpa memikirkan soal kerja ataupun masalah-masalah yang lain..pantai di Desaru juga agak bahaya untuk kanak-kanak kerana ia mempunyai tanah yang jelus dimana bagi saya tidak sesuai untuk aktiviti mandi manda...ombaknya juga sangat la kuat & jika tanpa sedar kita boleh hanyut di bawa ombak.. 
Di Desaru masalah utamanya adalah untuk mendapatkan gerai makan disebabkan kami tidak mengambil pakej so terpaksa la mencari sendiri gerai makan.. gerai makan yang kami kunjungi di Bandar Penawar dekat dengan kawasan kilang... kalau anda suka membuat BBQ sendiri, anda boleh mencari barangan BBQ di supermarket yang ada di situ..hanya minta pihak hotel menyediakan ruang BBQ dan arang dengan bayaran sebanyak RM 40.00... Di sini tiada aktiviti membeli belah sebab kawasannya tidak seperti di Pulau Pangkor yang dipenuhi dengan gerai-gerai jualan...Desaru hanya sesuai untuk tempat anda menghilangkan stress, tension dan juga merehatkan minda dari sebarang masalah... Pada waktu malam juga kawasan ini sangat sunyi, pada malam ke dua kami keluar berjalan-jalan di sekitar tanjung balau, keadaannya juga sama dengan di Bandar Penawar so saya tidak menggalakkan untuk anda ke sini...
Memandangkan di Desaru tiada aktiviti yang boleh dibuat, pada hari ke dua kami berjalan-jalan di sekitar Angsana , JB dan juga melawat sahabat saya semasa di Poly, Nora yang sedang mengandung anak ke 4.. sudah lama tidak bertemu dengan nora sejak Open House rumah saya dulu..hehehehehe...Danga Bay pada waktu siang juga tidak semeriah suasana pada waktu malam.. Jalan di JB juga sama seperti di K.L, jalan yang sesak, jalan yang sedang di upgraded dan abang polis yang baik hati...

so bagi sesiapa yang berminat untuk bercuti di resort ini , sila klik DESARU DAMAI BEACH RESORT untuk maklumat lanjut... selamat bercuti dan semoga info yang diberikan dapat membantu anda semua... Bagi yang berminat untuk ke desaru yang mengunakan Laluan Lebuhraya Utara - Selatan Johor Bahru sila ambil exit Skudai dan cari Lebuhraya Senai then Jalan Lapangan Terbang barulah anda akan berjumpa dengan Senai Desaru Expressway...

[Terima Kasih Sudi Membaca Entry Gila Nescafe][Klik LIKE Jika Suka]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads