01 di gelang patah - Google Blog Search |
PAS <b>Gelang Patah</b> Meraikan Kedatangan Tahun Baru Cina <b>...</b> Posted: 16 Jan 2012 06:08 PM PST GELANG PATAH,16 Jan 2012: Yang Di Pertua PAS Kawasan Gelang Patah Tuan Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad yang juga merupakan Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya bersama dengan YB Dr Boo Chen Hau (ADUN Skudai) dengan disertai oleh Hj. Musa Wahab (NYDP PAS Gelang Patah) telah membuat edaran buah limau dan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat sekitar khususnya kepada masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi. Program edaran ini telah berlangsung selama dua hari. Bermula pada hari Sabtu, 14 Jan 2012, edaran berjalan di sekitar Pasar Teetah, Taman Universiti. Program ini dilihat mendapat sambutan baik daripada peniaga dan juga pengunjung Cina yang tidak putus-putus datang menbanjiri kawasan tapak pasar seawal 8.30 pagi lagi. Selain itu, Tuan Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad turut mengadakan edaran sambil beramah mesra dengan kaum Tionghua dan masyarakat setempat sekitar kawasan Pasar Taman Universiti, Mutiara Rini dan Lima Kedai meliputi premis-premis perniagaan di dalam pekan. Di sebelah malamnya, edaran berjalan sekitar gerai-gerai makan milik peniaga Cina di kawasan Taman Universiti dan Pulai Utama. Keesokan harinya, Tuan Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad bersama rombongannya meneruskan lagi edaran buah limau sambil menyantuni masyarakat setempat, sekitar kawasan pasar dan premis-premis perniagaan di Kangkar Pulai dan Ulu Choh. Kelihatan masyarakat setempat khususnya masyarakat Cina gembira dengan kehadiran YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Tuan Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad yang bersama-sama turut meraikan kedatangan Tahun Baru Cina. Di samping edaran buah limau dan kad ucapan, kalendar 2012 turut diedarkan kepada masyarakat setempat sempena tahun 2012 yang baru bermula. Diharapkan program tahunan seperti ini akan lebih merapatkan lagi hubungan di antara kaum tanpa mengira fahaman politik dan agama antara kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Gelang Patah dengan para penduduk kawasan Gelang Patah khususnya di DUN Nusajaya. ** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini ** |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan