01 di kempas - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » 308 komputer judi dirampas, 36 ditahan Posted: 27 Feb 2012 03:07 PM PST KLUANG 27 Feb. – Polis merampas sejumlah 308 unit komputer yang digunakan untuk perjudian Internet haram menerusi Ops Dadu di sekitar daerah ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan. Sepanjang tempoh itu juga, seramai 36 individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian itu telah ditahan. Bagi setiap mesin judi yang dirampas, pemilik boleh didenda antara RM10,000 hingga RM100,000 sekali gus menjadikan denda keseluruhan mampu mencecah RM3,080,000. Dalam operasi sejak 8 Januari sehingga kelmarin, rampasan dan tangkapan itu dilakukan di pusat snuker dan kafe siber di Kahang, Paloh, Simpang Renggam dan sekitar pusat bandar. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada penjaga premis dan pelanggan berusia antara 19 hingga 35 tahun. "Dalam 28 serbuan itu, rampasan dan tangkapan dilakukan di 17 premis dan kita turut merampas wang tunai sebanyak RM3,710. Kita telah membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik di 17 premis itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini. Abdul Majid berkata, semua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin dan penjara tidak melebihi lima tahun, jika disabit kesalahan. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di kahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan