Ahad, 25 Mac 2012

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Pertandingan Memancing Pusat Komuniti Sembrong 2012 <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2012 01:24 AM PDT

KAHANG: Koref Eco Farm Resort, Kahang melakar sejarah apabila lokasi tersebut buat julung kalinya telah di pilih sebagai kawasan pertandingan memancing tertutup Sembrong pada 26 februari 2012 yang lalu.

Program anjuran Pusat Komuniti Sembrong dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil rakyat Ahli Parlimen Sembrong itu telah berjaya menarik kira kira 320 orang kaki pancing dari kawasan Parlimen Sembrong. Kehadiran kaki – kaki pancing seawal jam 8.00 lagi yang berpusu pusu membuat pendaftaran dan undian kedudukan tempat sebagai petanda program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun begitu, kapasiti kolam pertandingan yang agak terhad meyebabkan urusetia pertandingan terpaksa menghadkan jumlah penyertaan berdasarkan kepada penyertaan terawal sahaja. Tepat jam 9.30 pagi air horn di bunyikan sebagai isyarat pertandingan di mulakan. Berbagai gelagat dan aksi mencuit hati kaki – kaki pancing dengan gaya yang tersendiri berentap untuk merebut sejumlah hadiah yang di pertandingkan itu. Pemenang pertandingan tersebut akan di nilai berdasarkan kepada timbangan terberat dengan kadar masa yang di peruntukkan adalah selama 3 jam setengah. Antara spesis ikan yang terdapat dalam kolam pertandingan tersebut termasuklah keli, patin,baung,toman dan sebagainya. Pada Edisi yang pertama ini, sebanyak 20 kategori hadiah di sajikan untuk di rebut oleh peserta pertandingan dengan hadiah utama kejuaraan berjumlah RM 2,000.00 beserta hamper.

Selain itu juga, para pemancing dan pengunjung berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh penganjur dengan peserta di syaratkan untuk mendaftar keahlian dengan Pusat Komuniti Sembrong ( PKS ) yang memperkenalkan konsep serahan wristband yang mempunyai nombor siri sebagai nombor bertuah. Pertandingan Memancing Komuniti Sembrong 2012 itu juga di meriahkan lagi dengan di selitkan acara sukaneka seperti lumba rakit, bowling buah kelapa, kumpul botol dalam air, tiup belon dan bermacam lagi. Turut di sediakan pada program tersebut permainan kanak-kanak yang di kenali sebagai Bouncing Castle yang di datangkan khas dari Johor Bahru.

Kemuncak pertandingan tersebut adalah kehadiran Ahli Parlimen Sembrong Y.B Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama isteri Datin Seri Tengku Marsila Tengku Abdullah yang begitu ceria bermesra dengan warga Sembrong dan berbesar hati menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan pengunjung yang bertuah. Encik Malek bin Ani selaku juara edisi sulung Pertandingan memancing Komuniti Sembrong yang di temui sejurus penyampaian hadiah bersyukur dengan kemenangan yang di kecapinya itu. Menurutnya memancing merupakan hobi bila berkelapangan tapi tak sangka pada kali ini di angkat sebagai pemenang sambil mengucapkan tahniah kepada penganjur Pusat Komuniti Sembrong dan berharap acara sebegini di teruskan lagi pada masa-masa hadapan tegas pemancing dari ladang Kekayaan ini yang pulang membawa hadiah wang tunai RM 2,000.00 beserta hamper.

Seorang lagi peserta yang ditemui, Encik Mohd Nor Fikri dari felda Ulu Penggeli yang juga pemenang tempat kedua mengakui ini adalah kehadirannya yang pertama kali ke lokasi pertandingan tersebut yang di sifatkannya sebagai suatu tempat yang mendamaikan lantaran persekitarannya yang berdekatan kawasan hutan simpan. Beliau juga berharap pertandingan ini di jadikan sebagai acara tahunan memandangkan sambutan para peserta amat menggalakkan dengan berbagai golongan umur dan bangsa yang menjadikan pertandingan tersebut santai dan menghiburkan. Dengan kejayaan merangkul tempat kedua, Encik Mohd Nor Fikri membawa pulang wang tunai RM 1,000.00 beserta hamper.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads