Selasa, 27 Mac 2012

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Jengka 19: Utusan Online - Johor

Posted: 27 Feb 2012 10:11 AM PST


308 komputer judi dirampas, 36 ditahan

Posted:

308 komputer judi dirampas, 36 ditahan

308 komputer judi dirampas, 36 ditahan

Oleh HAMDAN TAWADI
utusanjohor@utusan.com.my


ABDUL Majid Mohd. Ali menunjukkan mesin judi yang dirampas di IPD Kluang, semalam.


KLUANG 27 Feb. - Polis merampas sejumlah 308 unit komputer yang digunakan untuk perjudian Internet haram menerusi Ops Dadu di sekitar daerah ini dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Sepanjang tempoh itu juga, seramai 36 individu yang terlibat dalam kegiatan perjudian itu telah ditahan.

Bagi setiap mesin judi yang dirampas, pemilik boleh didenda antara RM10,000 hingga RM100,000 sekali gus menjadikan denda keseluruhan mampu mencecah RM3,080,000.

Dalam operasi sejak 8 Januari sehingga kelmarin, rampasan dan tangkapan itu dilakukan di pusat snuker dan kafe siber di Kahang, Paloh, Simpang Renggam dan sekitar pusat bandar.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd. Ali berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada penjaga premis dan pelanggan berusia antara 19 hingga 35 tahun.

"Dalam 28 serbuan itu, rampasan dan tangkapan dilakukan di 17 premis dan kita turut merampas wang tunai sebanyak RM3,710. Kita telah membuat permohonan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk memotong bekalan elektrik di 17 premis itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di sini hari ini.

Abdul Majid berkata, semua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 bagi setiap mesin dan penjara tidak melebihi lima tahun, jika disabit kesalahan.

Operasi turunkan papan iklan

Posted:

Operasi turunkan papan iklan

Operasi turunkan papan iklan


Pekerja MBJB menurunkan papan iklan haram dalam satu operasi di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.


Saudara Pengarang,
MAJLIS Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini giat menjalankan operasi menurunkan papan tanda iklan yang dibina tanpa kelulusan.

Ini kerana terdapat sesetengah pihak yang mengambil jalan mudah dengan memasangnya walaupun ia menyalahi undang-undang MBJB.

Datuk Bandar, Burhan Amin memandang serius hal tersebut berikutan sikap syarikat-syarikat berkenan yang sewenang-wenangnya memasang papan tanda iklan tanpa kebenaran.

Ia bukan sahaja menjadi kesalahan kerana memasang struktur tanpa kebenaran, malah terdapat sesetengah papan iklan tersebut tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Notis telah diberi kepada syarikat-syarikat yang dikenal pasti membina dan memasang papan iklan terbabit tanpa kebenaran MBJB. Mereka bakal berdepan dengan tindakan undang-undang mengikut bidang kuasa MBJB.

Sehingga kini 49 papan iklan 'haram' yang dipasang di sekitar bandar raya telah dikenal pasti dan akan diambil tindakan dengan menurunkannya.

Daripada jumlah tersebut, 12 papan iklan telah diturunkan dan operasi itu akan sentiasa dijalankan.

Menjelang April, kesemua papan iklan tersebut akan diturunkan dari kawasan seperti sekitar Jalan Tebrau, Jalan Skudai dan kawasan Lebuh Raya Pasir Gudang.

Burhan Amin meminta mana-mana syarikat atau individu yang berhasrat memasang papan iklan dalam kawasan bandar raya ini mendapatkan khidmat nasihat dan panduan untuk kelulusan pemasangan di Unit Pusat Setempat MBJB di Bangunan Jotic untuk penerangan yang lebih terperinci.

Baru-baru ini, MBJB telah menurunkan sebuah papan iklan bersaiz gergasi di persimpangan jambatan Jalan Tebrau yang dibina dan dipasang tanpa kebenaran.

Operasi yang dijalankan bermula pukul 10 pagi dan berakhir pukul 3 petang itu mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

Mohammad Firdaus Abd. Hamid,

Pegawai Perhubungan Awam MBJB.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads