Khamis, 15 Mac 2012

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


puterakahaku: Melancong ke Tanjung Piai - <b>Kukup</b> - Pontian

Posted: 06 Mar 2012 08:32 PM PST

Itu hari, dalam bulan Januari 2012, saya and famili menghabiskan cuti Tahun Baru Cina di Johor Bahru. Plannya ialah rileks dan santai. Bercuti sebab waktu cuti sekolah hujung tahun haritu, kami tak dapat nak berjalan ke mana-mana. Nak ke Cameron Highlands, ramai orang..

Jadi saya pun membuat rancangan ke kawasan yang saya tak pernah sampai lagi, iaitu Tanjung Piai, Kukup dan juga Pontian..Memang seumur hidup tak pernah menjejakkan kaki ke situ..

Kami menginap di JB City Hotel dekat nak masuk Tampoi. Harga satu malam bagi kami katil queen ialah RM 100. Sarapan tak ada disediakan. Cerek air pun tak ada, kena ambil di mesin air di tepi lif. Katil ok, bilik air pun ok. Pada saya, kalau bilik air ok, semuanya ok..

Hari pertama kami ke zoo johor, Ivy pun dah lama tak pergi zoo. Zara pulak memang tak pernah pergi lagi, Zoo Johor pulak memang murah bayaran masuknya berbanding Zoo Negara. Memang tempat wajib lawat la..


Selesai acara di Zoo Johor, kami bertolak menuju ke Tanjung Piai..Perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit, dah sampai ke hujung selatan tanah besar benua Asia.. Sebelum memasuki kawasan hutan bakau di situ, pengunjung perlu membayar bayaran masuk serta mencatat nama di kaunter disediakan. Di situ juga kami beli fridge magnet cap ayam. Memang kokak sikit. Tapi lebih baik ada daripada tak ada.










Kami kemudian menjejakkan roda kereta ke pekan kecil Kukup. Memandu hingga hujung jeti ke Pulau Karimun. Saya sudah memasang target nak ke Tanjung Balai, Pulau Karimun kelak. Setahu saya, di situ ramai lelaki Cina warga Singapura dan orang Malaysia datang ke Tanjung Balai untuk 'berseronok-ronok'..macam di Batam juga..
Kembara kami sekeluarga diteruskan lagi ke bandar Pontian, kami berhenti makan nasi beriyani, ronda-ronda town, dan bertolak pulang ke JB...
Setel lah sudah kembara Tanjung Piai - Kukup - Pontian saya pada 2012 ini. Kawasan belum jejak di Johor seterusnya adalah Mersing, Sedili, Pengerang dan Sungai Rengit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads