Isnin, 5 Mac 2012

01 di kulai - Google Blog Search

01 di kulai - Google Blog Search


pengajar.info: 108 Murid SK <b>Labis</b> Terima Bantuan Banjir RM200

Posted: 23 Feb 2012 10:24 PM PST


MOHD. Azahar Ibrahim (kiri) menyampaikan bantuan banjir kepada salah seorang bapa murid di SK Labis di Labis, kelmarin.
LABIS 23 Feb. - Seramai 108 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Labis di sini masing-masing menerima wang bantuan banjir RM200 semalam.
Bantuan keseluruhan berjumlah RM21,600 itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim kepada murid tahun satu hingga enam yang terjejas akibat banjir tahun lalu.
Mohd. Azahar berharap, bantuan itu dapat meringankan beban mereka dan digunakan untuk membeli peralatan sekolah.
"Saya harap wang ini dapat digunakan dengan bijak oleh penerima bagi membeli keperluan sekolah serta meningkatkan lagi prestasi pembelajaran," katanya.
Sementara itu, Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd. Yusuf Mohamad memberitahu, SK Labis menerima peruntukan hampir RM3 juta untuk mendirikan bangunan prasekolah yang akan dimulakan tidak lama lagi.
"Bangunan baharu tersebut dijangka siap sepenuhnya Julai nanti dan akan digunakan pada sesi persekolahan tahun depan.
"Dengan adanya bangunan dan kelas prasekolah ini, diharap dapat memberikan suasana lebih selesa kepada murid dan prestasi mereka dapat dipertingkatkan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads