Jumaat, 30 Mac 2012

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


NURUL NADIRAH KANAK-KANAK HILANG DITEMUI MATI <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 09:56 PM PDT

Nurul Nadirah Abdullah kanak-kanak yang hilang pada 1 Mac lalu ditemui mati rentung dengan keadaan yang begitu teruk. Polis hari ini mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di sini adalah Nurul Nadirah Abdullah, 5, kanak-kanak yang hilang dari rumah sejak 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat ke atas mayat rentung yang ditemui sebelum ini.
Menurut polis, mayat rentung tersebut ditemui pada 8 Mac lalu.
Kanak-kanak berusia 5 tahun ini hilang pada 1hb Mac 2012 di bawah Blok A, Pangsapuri Sri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor Darul Takzim. Banyak poster telah ditampal disekitar kawasan berkenaan bagi mencari Adik Nadirah.

SAYU... Roselyn Alan,26, iaitu ibu kepada kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang yang pengsan ditenangkan oleh sanak saudara setelah mengetahui kematian anaknya ketika ditemui di rumah mereka di Masai Johor Baharu, Isnin. Polis mengesahkan mayat rentung yang ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Dirang.-fotoBERNAMA

Roselyn yang pengsan ditenangkan oleh sanak saudara dan jiran terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads