Selasa, 6 Mac 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Hujung Dunia: Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari <b>...</b> - MRSM <b>Mersing</b>..

Posted: 09 Feb 2012 07:09 PM PST

( 1km dari pusat bandar Mersing)
Semalam PHD sempat singgah sebentar di Pusat Tuisyen Usaha Waja Bestari yang terletak bersebelahan dengan SK Mersing Kanan.
 Kisah pusat tuisyen  yang semakin popular dan kerap disebut-sebut oleh para ibu bapa dan guru pernah diterbitkan artikel di blog ini..[ klik di sini untuk keterangan lanjut..]
 Tangga yang bersih dan terang
 Poster promosi yang menarik
 Senarai pelajar pusat tuisyen ini yang mencatatkan kejayaan dalam peperiksaaan UPSR, PMR dan SPM
Antara kelebihan ketara yg PHD dapati di sini ialah :

1. Bilik-bilik kelas yang selesa, berhawa dingin sepenuhnya serta kemas
2. Guru-guru yang terpilih dan datang tepat pada masa
3. Keadaan yang kemas, bersih dan teratur bermula dari pintu masuk dan tangga
4. Disiplin terjaga. Tiada pelajar yang merayau-rayau dan terdapat pintu jerigi yang tertutup semasa pembelajaran berlangsung
5. Pentadbiran yang sistematik
6. Hari Sabtu dan Ahad dijadikan hari kelas ganti jika ramai guru di sini yang bercuti seperti Tahun Baru Cina
7. Cuti-cuti am seperti Maulidurrasul, Thaipusam dll kelas tuisyen berjalan seperti biasa

Bilik tuisyen seperti bilik tutorial untuk mewujudkan suasana belajar





Pengajaran & pembelajaran di sini dibuat dalam edaran latihan yang ringkas yang bertujuan untuk pengukuhan dan penyelesaian masalah terhadap apa yang belajar di sekolah. Ini membolehkan pelajar cepat menguasai topik, tidak ketinggalan, dibantu secara individu yang akhirnya mengekalkan semangat anak-anak untuk terus mencapai kecemerlangan.
Seandainya tuan-puan mempunyai anak-anak yg bersekolah rendah atau menengah dan percaya bahawa tuisyen dapat membantu maka Pusat Tuisyen Usahawa Waja Bestari mungkin pilihan terbaik yang patut dipertimbangkan.

Kecemerlangan Anak-anak bermula dari Ibu bapa !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads