Ahad, 11 Mac 2012

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Pakatan Haram Berani Letak Lim Kit Siang Jadi Calon Parlimen <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2012 03:35 AM PST

March 10, 2012   ·   61 Comments

kit siang

Meneliti gaya dan corak politik Pakatan Haram, boleh dikatakan bahawa mereka kini sedang menyusun strategi untuk menyerang negeri-negeri di bahagian selatan tanahair yang berada di bawah pentadbiran kerajaan-kerajaan negeri BN.

Malah, mereka mendabik dada mengakui di media-media rasmi mereka mengenai fokus yang lebih diberikan bagi merampas negeri-negeri BN di bahagian Selatan pada PRU ke-13 yang akan datang.

Antara negeri-negeri yang menjadi sasaran mereka ialah Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Dalam ertikata lain, mereka mahu menawan kubu-kubu kuat BN tersebut.

Antara yang telah di bawa ke selatan ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang selama ini diberikan kerusi selesa di Kubang Kerian. Mazlan Aliman baru-baru ini pula yakin bahawa PAS mampu menawan 17 kerusi di Johor.

Malah, AJK PAS Pusat, Zulkefli Mohamad Omar memberi amaran bahawa akan berlaku 'tsunami politik' di negeri-negeri Selatan. Dan dia memujuk orang Melayu di selatan dengan mengatakan bahawa 'tidak logik DAP akan perintah negara sekiranya Pakatan Haram menang PRU'.

Nampaknya, Pakatan Haram sedang menuju jalan buntu. Apa mereka fikir BN di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan itu "tunggul kayu" atau "batang pisang" yang kaku dan beku? Tak tahu melawan atau mempertahankan negeri-negeri mereka apabila diserang agen Yahudi dan kafir harbi?

Seranglah kalau berani dan kita sama-sama lihat hasilnya pada PRU ke -13 nanti. Saya cabar Pakatan Haram untuk letakkan 'hardcore-hardcore' mereka di negeri-negeri Selatan.

Pertamanya, letakkan Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Pagoh. Kita lihat bagaimana dia mahu 'berkungfu' dengan Timbalan Perdana Menteri. Dipersilakan pula Karpal Singh bertanding di Melaka. Kalau boleh di DUN Bukit Katil atau mana-mana Parlimen di Melaka yang dia suka.

Kemudian tolong calonkan Hadi Awang di DUN Bagan Pinang atau mana-mana Parlimen yang dia suka di Negeri Sembilan. Setakat hantar Salahuddin Ayub, ia dilihat tindakan 'membunuh' Naib Presiden PAS itu.

Kalau Mazlan Aliman mahu rasakan 'kemenangan lebih besar', cuba calonkan pula Nik Aziz Nik Mat lawan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman di DUN Serom. Kalau Nik Aziz menang, lantik dia jadi MB Johor pulak. Macamana? Berani?

Anwar pula letakkan di Bagan Pinang. Suruh dia lawan di DUN milik bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad. Alah! Takkanlah dengan Tan Sri Isa Samad pun Anwar takut nak lawan? Bukankah slogan Anwar 'lawan tetap lawan'? Berani ke?

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang nak serang negeri-negeri selatan, letaklah kepala-kepala Pakatan Haram di sana dan kita tengok siapa yang menang, siapa pula yang hilang wang deposit!

Saya tertanya-tanya. Sedangkan negeri-negeri di utara pun Pakatan Haram belum tentu dapat pertahankan, apatah lagi negeri-negeri di selatan. Di Kedah misalnya huru-hara. Bukan kerana UMNO buat kacau, tapi PAS sendiri yang kacau bilau.

Sudah la pentadbiran Azizan tidak disenangi puak-puak PKR dan DAP, puak-puak PAS sendiri mahu menggulingkan kepimpinan MB Kedah itu. Teruk Azizan dibalun siang dan malam hingga terjejas kesihatannya yang memang sedia terjejas pun sebelum ini. Nak kasi Azizan mati cepat ke?

Selamatkah Lim Guan Eng di Pulau Pinang? Insiden kampung Buah Pala masih segar dalam ingatan kaum India di Pulau Pinang. Sebut nama Guan Eng di depan kaum India di negeri jiran, Perak, memang meludahlah mereka. Bayangkan pula reaksi kaum India di Pulau Pinang. "Kalau boleh, nak angkat parang", kata mereka.

Melayu Pulau Pinang sudah dihambat keluar dari kawasan pulau di Pulau Pinang. Di pulau hanya untuk orang-orang Cina DAP sahaja. Guan Eng buat rumah-rumah dan kondo-kondo mewah yang mahal harganya dan tidak mampu dimiliki oleh bangsa bumiputera, khususnya Melayu.

Kaum Cina MCA dan Gerakan pun turut dihalau dan disekat ekonomi mereka. Perniagaan mereka diganggu dan mereka mengalami kerugian besar. Tapi, memandangkan kaum Cina ini mementingkan ekonomi dari masa depan, mereka terpaksa berlakon menyokong DAP untuk meneruskan urusan ekonomi mereka…

Perak? Itu kena tanya Nizar Jamaluddin. Khabarnya, DYMM Sultan Perak memang tak berkenan langsung dengan Nizar. Entah kenapa DYMM Sultan Perak tak suka pada Nizar. Sengaja, kot? Ngeh dan Nga? Itu boss Nizar. 'A' kata Ngeh dan Nga, maka 'A'lah yang perlu Nizar sebut. Kalau 'B', maka 'B' lah. Puppet itu memang taat pada tuannya…

Selangor pula memang tengah tinggal nyawa-nyawa ikan. Kalau nak diukur MB Selangor yang tak tahu sikat rambut, dah tentu Selangor bungkus! Mujurlah Ronnie Liu dan konco-konconya begitu bagus merancakkan ekonomi Selangor dengan rumah-rumah urut, pusat-pusat hiburan dan pub-pub maksiat yang tumbuh bagai cendawan.

Dengan kemakmuran 'maksiat' di Selangor, rakyat Selangor secara majoritinya gembira dengan perubahan tersebut dan akan 'memilih' Pakatan Haram lagi pada PRU ke-13. Apatah lagi mereka sudah berjaya menggulingkan Hasan Ali, maka tiada siapa lagi yang akan melarang mereka menghancurkan Selangor!

Dengan senario 'strategi menyerang negeri-negeri selatan' dan keadaan terkini di Kedah, Pulaun Pinang, Perak dan Selangor, apakah yang kita boleh jangkakan pada PRU ke-13 nanti? Silap-silap, Kelantan pun melayang dari tangan PAS…!

By


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads