01 di pagoh - Google Blog Search |
Demo anti-PPSMI dirancang <b>di Pagoh</b> - LAMAN KL-TODAY.COM Posted: 11 Mar 2012 06:09 AM PDT
Berucap dalam perhimpunan ulang tahun ketiga bantahan mereka di Gombak semalam, Shahrir berkata, bantahan terhadap dasar itu perlu dihidupkan kerana kerajaan didakwa tidak bersungguh-sungguh memansuhkannya segera. Sementara itu, Setiausahanya GMP Hasni Abas berkata, Pagoh dipilih sebagai antara lokasi perhimpunan bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap Muhyiddin yang mengumumkan akan pemansuhan PPSMI sebelum ini. "Kita tidak tahu sama ada akan buat di Pagoh atau Muar… Kita mungkin buat di Muar pula sebab Muhyiddin berasal dari sana. Apa pun, kita akan umumkan kemudian," kata bekas pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka itu. Selain itu, Hasni berkata, perhimpunan sama juga akan diadakan di Kelantan memandangkan negeri itu merupakan tempat penutur bahasa Melayu teramai di Malaysia. Hasni menjangkakan, perhimpunan kali ini akan dihadiri kira-kira 5,000 orang dan mereka masih mengekalkan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk mengetuai himpunan. Mereka akan menggunakan slogan 'Mansuhkan Segera PPSMI' dan tetap menggunakan warna putih sebagai warna tema seperti sebelum ini. Pada 7 Mac 2009, ribuan membanjiri Kuala Kumpur dengan berpakaian putih dalam perhimpunan yang dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) allahyarhan Datuk Hassan Ahmad. |
You are subscribed to email updates from di pagoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan