Sabtu, 31 Mac 2012

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


::iNFO:LEDANG:: ~Sumber Berita Warga Ledang~: NIZAM <b>...</b>

Posted: 23 Mar 2012 07:48 AM PDT


MELAKA TENGAH: Berceramah dengan gaya bersahaja dan diselitkan unsur jenaka menjadi `modal' kepada penceramah bebas, Nizam Ali untuk menyampaikan dakwah, sekali gus mampu menarik masyarakat Islam khususnya golongan muda hadir ke setiap majlis ilmu.

Walaupun ceramahnya tidak sehebat penceramah ternama lain di negara ini, namun persembahan ketika berdakwah yang menarik, ditambah dengan hujah serta fakta agama cukup membuatkan pendengarnya tidak berganjak mengikutinya dari mula hingga akhir.

Nama Nizam,40, mula mekar dalam bidang dakwah di negeri ini apabila sering diundang penceramah jemputan di stesen radio Melaka FM yang boleh didengar bukan saja di Melaka, malah di sekitar Muar dan Segamat di Johor, Muadzam Shah di Pahang serta Tampin dan Gemas di Negeri Sembilan menerusi frekuensi 102.3FM.

Anak kelahiran Sungai Mati, Muar itu juga kerap menerima undangan masjid dan surau seluruh Melaka, menyebabkan beliau terpaksa menolak beberapa jemputan kerana jadual dakwahnya yang padat.

"Saya tidak mengeluh dengan keadaan ini, malah bersyukur kerana ilmu yang ada dapat disebarkan menerusi program ceramah di masjid, surau dan taman perumahan.

"Aktiviti dakwah ini memberi semangat kepada saya kerana mahu melihat umat Islam menjadi manusia yang benar-benar mengikut jalan Allah," katanya.

Nizam berkata, usahanya menyampaikan dakwah itu diharap dapat diterima masyarakat sebagai panduan kehidupan, di samping menyebarkannya kepada orang lain yang tidak mengetahui perkara disampaikannya itu.

"Dalam usaha berdakwah ini, pasti ada ujian Allah kerana tidak semua manusia boleh terima apa yang kita sampaikan.

"Saya reda jika itu berlaku ke atas saya kerana setiap ujian itu sebenarnya baja yang baik untuk menyuburkan hati kita supaya lebih sabar dan tenang ketika menyampaikan dakwah," katanya.

PROFIL

Nama: Nizam Ali

Isteri: Jumakyah Sadon

Anak: Nurul Fatehah, 14; Muhammad Al-Fateh, 12 dan Muhammad Fathul Ariffin, 9.

Asal: Kampung Serom 3 Panggong, Sungai Mati, Ledang, Johor.

Pendidikan: Sekolah pondok di Madrasah Kiyai Syamsudiniah, Kundang Ulu, Muar.

Jawatan lain: Guru agama di Sekolah Agama Bukit Gambir.

Pengalaman: Guru agama di FELDA Lok Heng Kota Tinggi Guru gantian di Sekolah Agama Nurul Falah Lok Heng

SUMBER: BERITA HARIAN SENTRAL, 22 MAC 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads