Sabtu, 10 Mac 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Siapa yang bakal "stay" dan pergi <b>di Pengerang</b>???

Posted: 30 Oct 2011 09:06 PM PDT

Salam, apa khabar, khususnya sahabat sahabat yang kini masih di  Pengerang Johor , Selamat Hari Raya Aidil Adha. Bila tiba musim raya haji ini , ramai yang akan teringat lagi bila kmai terpaksa meninggalkan keluarga dan  berhari raya dengan teman teman di Pengerang dahulu.

Malam raya kami duduk di resort kerana esok akan  sama sama menyambut raya korban. Rindu juga rasanya akan masak asam pedas orang orang di Pengerang  dan ubi kayu cicah sambal masih terasalagi enaknya.

Dua PRU aku berkhemah di Pengerang dan dua PRU aku bagaikan YOYO turun naik dari Pengerang ke Permatang Pauh. Satu pengalaman yang sangat meletihkan , tapi aku tidak pernah bersungut kerana aku tahu ini satu perjuangan yang patut aku laksanakan.

Kini  PRU hampir melamar kita kembali. PRU akan merubah kembali kepimpinan dari Dr Azam kepada Kak Mimah dan dengar khabar  bakal MB  baru Johor yang baru  sudah mula berjinak jinak mengintai kerusi Penawar. IaIah kerusi penawar adalah kerusi selamat.kalau letak songkok lawan PR atau PAS songkok masih boleh menang.

Kedudukan YB Harun masih kukuh di kerusinya sendiri, YB Harun mungkin selesa kerana dia memang punya gaya kepimpinan dia sendiri , walaupun tegas tetapi tetap dengan pendiriannya.YB harun masih merupakan pemimpin yang masih mempunyai ramai pengikut di Pengerang.

Yang tak sedapnya ada yang mengatakan bahawa kerusi Parlimen mungkin diambil alih oleh seorang anak muda yang berjawatan dalam UMNO di Pengerang dan berpendidikan . Siapa ??kita tunggu saja.

Ada yang bekata  sewaktu lawatan PM ke  Pengerang , Ketua bahagian merangkap ahli Parlimen Pengerang datang datang lewat dari PM sendiri. Ada yang berkata dalam ucapan PM , PM tak sebut nama  Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen pengerang. Ini tanda tanda kejatuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads