01 di permas jaya - Google Blog Search |
:: Inilah Ceritaku ::: Satu pagi <b>di Parit Sulong</b> Posted: 17 Dec 2011 03:10 PM PST Pasar pagi setiap Sabtu....mesti singgah. Hujan pun sanggup diredah.. Roti canai Hussin bersebelahan CIMB Bank Pt Sulong...takde sapa boleh lawan. Hussin, kalau kau meniaga kat KL , tak taula macamana popularnya roti kau ni...Pekena pulak gulai daging. (Kambing pun ada). Sesekali balik...memang lupa jap segala diet. Kolestrol tak kolestrol...sekali sekala bolehlah ek. Setahun 2 kali je....jumpa menu kau ni... 2 penyapu lidi (RM1 each)bakal dibawa khas ke SP. Suka guna penyapu lidi ni, bersih. Makcik ni orang Banjar. Seronokkan...berniaga penyapu lidi yang diraut sendiri, jual paku perak (merah) yang dipetik sendiri kat kebun anak.Ahaaaa...nilah tempat favourite my 3 Abduls. 2 Abdul kecil tak ikut...kalau tak mau berjam kat sini dan semua mahu dibeli..Macam-macam ada, rabbit, segala macam burung, anak ayam, anak itik... Ayam tiru ni RM70 sepasang. "Kalau dekat SP tu..memang abah beli". Maklumlah...mini zoo kami di SP sudah kekurangan ahli. Anak angsa ni RM140 sepasang.. Ni favourite Encik Suami. Hidup di tanah gambut sahaja. So..kat Johor je banyak. Tapi, dek kurangnya orang menanam sekarang...payah juga nak jumpa. Pokok kucai...tumis bersama tempe.RM8 sekilo Tempe 2 ikat ni 50 sen aja...Makanan tradisi Jawa. Sporting anak-anak muda ni...Sanggup layan kerenah makcik ni ambil foto. Nasi ambeng. Serunding, ikan masin, sayur, pilihan lauk (ayam kicap@rendang daging@ayam masak merah) bersama urap pucuk ubi (keluban...Jawa katalah). Mee@bihun goreng je takde. Kurang satu syaratle ni... Lontong kering. Lauk lebih kurang cam atas cuma tambah kuah kacang dan makan bersama nasi impit. Dah direbuskan, dikupaskan cengkerangnya...tinggal dimasak sahaja. RM7 sepeket. Lamanya tangan tak membelai pokok bunga...kaku agaknya dek asyik menekan keyboard.. Harga kain baju kat sini memang murah. Blouse sama..sebiji butang dan material yang dibeli di SP, RM65...kat sini RM45..huhu...P/S Tak terupload gambar lain...macam-macam ada!! |
You are subscribed to email updates from di parit sulong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan