Jumaat, 2 Mac 2012

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Feb 2012 07:14 AM PST

URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Sep 2011 09:41 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Majlis Perkahwinan <b>di</b> Taman Saujana <b>Plentong</b> | Rasa Mewah <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 09:43 PM PDT

Perkhidmatan katering di rumah En. Mohd Harith, Taman Saujana Plentong, Johor Bahru ini adalah untuk kali yang kedua.  Hanya selang 5 bulan sahaja dari Majlis Perkahwinan sebelumnya. Majlis kedua ini pada Sabtu lepas adalah Majlis Menyambut Menantu.
Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Harith sekeluarga kerana sekali lagi memberikan kepercayaan kepada pihak kami untuk mengendalikan majlis keraian yang besar di rumah beliau.

Anecdote: Kali ke 2 juga team yang bertungkus lumus menyediakan hidangan untuk majlis perkahwinan di rumah En. Mohd Harith mendapat "Ang Pau", hadiah dari En. Mohd Harith sendiri. Semoga En. Harith sekeluarga bersama-sama menantu yang baru dan lama sentiasa dilimpahkan rezeki dariNya.


Rasa Mewah Catering

Sharing is Caring

Malaysia Zoom » Nelayan tuntut RM302,000

Posted: 20 Feb 2012 03:07 PM PST

JOHOR BAHRU 20 Feb. – Seramai 252 nelayan pesisir Pantai Selat Tebrau mendesak pihak pemaju projek jambatan kedua Permas Jaya di sini membayar pampasan RM302,000 kepada mereka dengan segera.

Pengerusi Kumpulan Nelayan Kampung Tengah Plentong, Ismadi Jimin mendakwa, kerja-kerja pembinaan jambatan yang dimulakan pada 2008 itu telah mencemarkan sungai di Selat Tebrau sehingga menjejaskan pendapatan nelayan terlibat.

"Projek pembinaan jambatan Permas Jaya telah mengakibatkan hidupan laut seperti ikan, ketam dan udang berkurangan.

"Ia berpunca daripada air kotor selain anak-anak sungai yang menjadikan habitat hidupan laut musnah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan piket secara aman di Kampung Plentong Tengah di sini baru-baru ini.

Menurutnya, sebelum ini, nelayan pernah berunding dengan pihak pemaju bagi mendapatkan pampasan, namun hingga kini tiada sebarang persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak.

Seorang nelayan Orang Asli, Wah Bachik, 41, berkata, dia terpaksa menangkap ikan di kawasan lain yang lebih jauh sehingga ke Pasir Gudang bagi menyara keluarga.

"Untuk menangkap ikan di kawasan luar, ia memerlukan kos minyak yang lebih tinggi. Justeru, saya berharap pihak pemaju membayar pampasan dengan segera," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perikanan negeri, Abd. Hamid Yasin berkata, isu pampasan itu akan dibawa ke pengetahuan kerajaan negeri dan berharap pemaju tersebut dapat menyelesaikannya dengan segera.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tolak Islam, Tapi Mahu Allah Bersama? « ibn_bacoks

Posted: 29 Feb 2012 05:01 AM PST

Rumah > Uncategorized > Didakwa Tolak Islam, Tapi Mahu Allah Bersama?

PASIR GUDANG – Di sepanjang jalan ke arah sebuah Taman perumahan di Plentong, Pasir Gudang dekat sini terdapat bunting yang berbunyi 'Allah Bersama UMNO' mengundang pelbagai reaksi dan tanda tanya.

Menurut sumber, bunting dalam gambar itu turut memaparkan logo Barisan Nasional tertera tulisan 'BN Hak Milik Semua, Pemuda BN Pasir Gudang' menjadi buah mulut orang bagaimana sebuah parti yang didakwa cukup liat bila diajak mendaulatkan hudud tapi memiliki harapan agar Pencipta Hudud itu bersama dengan mereka.

"Di sepanjang jalan ke arah Taman perumahan saya d plentong masai,Pasir Gudang…terdapat bunting Ini dipasang di setiap tiang …cuba baca Apa yg puak2 Ummo Ini tulis!.Apa komen anda tentang tulisan Kat banner ini?Adakah anda bersetuju?..tapi hairan d hati Ini sebuah parti yg menolak Islam tapi masih mahu Allah bersama mereka?," ujar pemilik akaun rasmi facebook Abusiraj Almuner.

Malah, ada juga komen mempertikaikan kredibiliti UMNO dalam menyentuh perilaku yang kurang enak didengar namun realtinya 'kebusukan' itu tidak boleh disembunyikan lagi.

"ALLAH BERSAMA UMNO…SEOLAH2 MEMAKSA ALLAH UNTUK BERSAMA UMNO…. SEPATUTNYA UMNO BERSAMA ALLAH…. (MELAKSANAKAN HUDUD…MELAKSANAKAN HUKUM2 ALLAH…HAPUSKAN RIBA' …. HAPUSKAN JUDI…. HAPUSKAN KELAB2 MALAM… SENANG CITER BUAT YANG BAIK… CEGAH YANG MUNKAR….) INI X… UMNO DAH TENTU JAHIL…DAH TENTU TERANG2 MELAWAN HUKUM2 ALLAH… TIBE2 NK ALLAH BERSAMA UMNO ….. X MALU KER?" komen pemilik facebook Abd Haffizd Abd Karim pula.

Dalam pada itu, persepsi masyarakat melihat UMNO begitu 'tertarik' dalam soal-soal agama hanya disifatkan 'bermusim' dan tidak lebih menuturkan kalimah Allah di mulut bukan dihati.

"Yg tepatnya umno bersama ALLAH bersempena serta bermusim saja…tak lebih dari itu.Islam ke msia ni kalau arak,judi,zina berleluasa…tak malu ke nak pakai kalimah suci ALLAH kalau kalimah tu hanya di mulut bukan dihati…perhatilah disekeliling kita apakah islam tu memerintah atau diperintah," dakwa Roslan Lan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads