Ahad, 11 Mac 2012

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Slogan &#39; Allah Bersama UMNO&#39; Hanya Satu Rektorik Politik UMNO <b>...</b>

Posted: 05 Mar 2012 06:51 PM PST

PASIR GUDANG - Di sepanjang jalan ke arah sebuah Taman perumahan di Plentong, Pasir Gudang dekat sini terdapat bunting yang berbunyi 'Allah Bersama UMNO' mengundang pelbagai reaksi dan tanda tanya.

Menurut sumber, bunting dalam gambar itu turut memaparkan logo Barisan Nasional tertera tulisan 'BN Hak Milik Semua, Pemuda BN Pasir Gudang' menjadi buah mulut orang bagaimana sebuah parti yang didakwa cukup liat bila diajak mendaulatkan hudud tapi memiliki harapan agar Pencipta Hudud itu bersama dengan mereka.

"Di sepanjang jalan ke arah Taman perumahan saya d plentong masai,Pasir Gudang terdapat bunting ini dipasang di setiap tiang.Cuba baca apa yg Ummo Ini tulis.Apa komen anda tentang tulisan di banner ini?Adakah anda bersetuju?. Tetapi hairan d hati ini apabila sebuah parti yg menolak Islam tapi masih mahu Allah bersama mereka?," ujar pemilik akaun rasmi facebook Abusiraj Almuner.

Malah, ada juga komen mempertikaikan kredibiliti UMNO dalam menyentuh perilaku yang kurang enak didengar namun realtinya 'kebusukan' itu tidak boleh disembunyikan lagi.

"Allah bersama UMNO,seolah-olah memaksa Allah untuk bersama UMNO.Sepatutnya UMNO bersama Allah dengan melaksanakan hudud, melaksanakan hukum-hukum Allah,hapuskan riba,hapuskan judi,hapuskan kelab-kelab malam. Sebaliknya UMNO terang-terang menolak hukum hudud" komen pemilik facebook Abd Haffizd Abd Karim pula.

Dalam pada itu, persepsi masyarakat melihat UMNO begitu 'tertarik' dalam soal-soal agama hanya disifatkan 'bermusim' dan tidak lebih menuturkan kalimah Allah di mulut bukan dihati.

"Yang tepatnya umno bersama Allah bersempena serta bermusim saja. Tidak lebih dari itu.Malaysia ini bukan negara Islam kalau arak,judi,zina berleluasa. Tidak malukah nak pakai kalimah suci Allah kalau kalimah tu hanya di mulut bukan dihati.Perhatilah disekeliling kita apakah Islam tu memerintah atau diperintah," dakwa Roslan Lan.


** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads