Isnin, 26 Mac 2012

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


Gerakan 'TANAH' Bakal Dilancarkan | Nusajaya Kini

Posted: 21 Mar 2012 06:20 PM PDT

SIMPANG RENGGAM – Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) membayangkan satu organisasi bakal dibentuk bagi menyuarakan masalah tanah yang dihadapi rakyat negeri ini dalam jangka masa terdekat ini.

Menurut Ketuanya, Suhaizan Kaiat, masalah tanah merupakan isu yang bersifat merata dan di semua daerah dalam negeri ini tidak terlepas dari berhadapan dengan situasi sedemikian.

"Ia meliputi isu pemilikan, isu penguatkuasaan isu salah guna kuasa, isu rasuah, isu pembangunan tanah dan lain-lain.

"Gerakan yang dipanggil nama Gabungan Selamatkan Tanah Johor (TANAH) akan dibentuk bagi melaksanakan agenda tersebut," ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas berhubung isu tanah Johor di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, di Taman Renggam Jaya, dekat sini, malam tadi.

Hadir sama, Ustaz Azam Abdul Razak, Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Mohd Faizul, Naib Ketua Pemuda Negeri dan Mahadzir Mat Zili, Setiausaha Pemuda Negeri.

Sementara itu, jelasnya lagi banyak isu yang membabitkan tanah telahpun disuarakan oleh pihaknya mahupun pimpinan tertinggi PAS negeri nyata memberi respon yang baik daripada mangsa yang ditindas.

Malah, pelbagai usaha telah dilakukan selain turun padang untuk mengenal pasti permasalahan sehinggalah ke peringkat menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor di pejabatnya di bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Nusajaya.

"Banyak isu di Johor ini yang membabitkan tanah seperti di Pasir Gudang, di Kampung Plentong Tengah. Di Pulai yang membabitkan tanah SEDC, di Muar, Tanah laut di Sungai Balang dan banyak lagi berjaya diketengahkan.

"Justeru, saya mengharapkan kepada Ketua-ketua Pemuda di peringkat Kawasan supaya dapat mengumpulkan maklumat berkaitan. Kemudian kita akan aturkan satu pertemuan besar-besaran, mungkin hujung bulan ini dengan mengumpulkan mangsa-mangsa yang tertindas dalam satu tempat," ujarnya lagi.


Baucar Buku RM5,300 PTS@PBAKL2012 Untuk Dimenangi!
** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads