Khamis, 29 Mac 2012

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


ahmadmaslan.com: 24800 terima BR1M <b>di Pontian</b>

Posted: 29 Mar 2012 04:35 AM PDT



PONTIAN 28 Mac - Seramai 24,800 orang di daerah ini telah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diagih-agihkan mulai Februari lalu.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, jumlah tersebut merangkumi penerima bagi Parlimen Pontian dan Tanjung Piai serta empat Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Tiada negara di dunia seperti Malaysia yang sentiasa membela dan mengutamakan rakyat termasuk memberikan pelbagai subsidi seperti gula, beras, minyak masak, petrol, diesel dan gas memasak.

"Namun masih ada pihak yang tidak berterima kasih kepada kerajaan, sebaliknya menuduh kerajaan tidak adil dan zalim kepada rakyat," katanya pada majlis penyampaian BR1M fasa ke-4 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong dan Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon. Pada majlis itu seramai 1,678 penerima bagi kawasan DUN Pulai Sebatang menerima BR1M.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, bagi kes rayuan BR1M, tarikh tutupnya juga telah dilanjutkan sehingga hujung bulan ini.

Beliau menegaskan, pemberian BR1M bukan rasuah atau haram seperti yang didakwa oleh pihak tertentu tetapi usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban kehidupan penduduk di negara ini.

"Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah atau dakwaan yang tidak berasas kerana kerajaan mampu untuk memberikan BR1M berdasarkan keadaan kewangan negara yang kukuh," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads