01 di segamat - Google Blog Search |
BEREMBANG WARISAN (Gabungan ke Puncak Pendita) <b>di</b> <b>...</b> Posted: 24 Feb 2012 03:22 PM PST SEJARAH SEGAMAT Segamat merupakan sebuah daerah paling tua di negeri Johor yang kaya dengan sejarah silamnya lalu ianya digelar "Daerah Lagenda". Dari perspektif Sejarahnya pula, kira-kira 500 tahun yang lalu , peristiwa Bendahara Tepuk iaitu Bendahara Melaka yang terakhir berserta rombongannya telah melarikan diri ke Segamat apabila Melaka ditawan oleh Portugis. Tempat yang mula-mula didatangi oleh Bendahara Tepuk dan orang-orangnya ialah di satu kawasan berhampiran sungai Segamat. Kawasan tersebut berbukit-bukau dan terdapat sebatang anak sungai yang penuh dengan lubuk dan tebingnya pula batu-batu kecil putih berserakan. Justeru Bendahara Tepuk pun menamakan penempatan ini sebagai "Kampung Lubuk Batu". Segamat juga disebut sebagai "Rantau Panjang" dalam abad ke-18. Ini ada kaitannya dengan keadaan muka bumi sekitar kawasan sungai Segamat pada masa itu. Menurut orang tua-tua, pada masa dahulu kawasan tebing sungai Segamat begitu lurus dengan pasir di tebingnya halus. Apabila terkena sinaran matahari, sepanjang tebing sungai kelihatan seperti hamparan permaidani putih. Air sungainya yang jernih dan berkilau-kilauan menambahkan lagi keindahan kawasan sekitar itu. |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan