Ahad, 15 April 2012

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Cik Rose Cute!!: Ular Tedung Selar Terbesar <b>Di Benut</b> Johor

Posted: 11 Apr 2012 12:05 AM PDT

Besar betul ular tedung selar menjalar kat pokok kelapa....Kalau sekali patuk terus kita mati.Aku rasa ular tedung selar nie warna kelabu...Korang nampak tak kepalanya....Eeiii menakutkan....
Ada orang cakap Mat indon yang tangkap gambar nie...aku pun tak pasti betul tulen ke tak gambar ni, tapi mengikut maklumat yang diperolehi ianya di jumpai di daerah Benut Johor.
 Memang besarkan....Tapi ular tedung selar sebesar nie memang wujud....Sebab adik aku yang lelaki pernah jumpa ular tedung  selar sebesar tue......Adik aku kerja jaga menjaga pencawang kabel nak menuju ke tempat kerjanya memang hutan tapi nasib baik jalan dah tar cantik...,waktu tue dia baru nak turun  dari bukit pencawang kabel  tiba2  ada ular tedung selar melintas terkejut adik aku terus break motor capuk dia.....
Adik aku cakap memang besar ular tue...Aku tanya dia ular sawa ke? dia cakap bukan.... ular tedung selar warna kelabu...Katanya.
Aku tanya dia balik macam tak percaya ada ular tedung selar sebesar  peha dia.Dia cakap memang betul...waktu adik aku tekan break motor dia...ular tedung selar tue terkejut dan mengembang.
Sewaktu ular tedung selar mengembang  paras ular tue atas kepala adik aku, perasaan adik aku ketika tue dah berdebar-debar,dia takut ular tue serang dia.
Di dalam hati adik aku mengucap dan berkata-kata" Aku tak kacau kau..kau jangan kacau aku ,aku cuma nak balik..." Lebih kurang 5 saat barulah ular tedung selar berlalu masuk hutan.Cuba korang bayangkan........ Aku dengar story dia seram giler....
Nota Kaki: Waktu adik aku story arwah mak aku ada lagi.....Arwah mak aku cakap mungkin juga makhluk jelmaan syaitan...Nasib baik adik aku tidak di patuknya,  mungkin juga  Allah itu Maha Besar dan  umur adik aku masih panjang lagi.........yalah niat adik aku nak bekerja..jalan tue hari2 dia lalu...Korang tahukan pencawang kabel yang tinggi tue...kalau kat kampung kat atas bukit kat dalam hutan pencawang tue ada...Setiap pencawang ada satu bilik untuk jaga tinggal untuk beberapa hari.Kerja macam nie ada jugak potongan KWSP..

Terima Kasih!! Sila Datang Lagi Okey!!

Himpunan TANAH Akan Dilancarkan <b>Di</b> Parlimen - (MTD) <b>Benut</b>

Posted: 13 Apr 2012 03:23 AM PDT


SIMPANG RENGGAM – Gabungan Selamatkan Tanah Rakyat Johor (TANAH) akan mengumumkan satu perhimpunan besar-besaran dalam satu majlis yang dipanggil pelancaran Himpunan Tanah Rakyat Johor di lobi Parlimen Malaysia yang dijadualkan akan diadakan pada 16 April depan.
Menurut Pengarah Sekretariatnya, Suhaizan Kaiat, selain kehadiran sejumlah 40 orang daripada rombongan TANAH, beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan turut berada di majlis pelancaran itu bagi mengumumkan satu perhimpunan TANAH yang akan diadakan pada 5 Mei depan di pusat beli belah terkenal Plaza Angsana Johor Bahru.
"Rombongan sekitar 40 orang yang kebanyakannya penduduk Pengerang akan berada di Parlimen Malaysia awal minggu depan," ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Khas Sekretariat TANAH di pejabat Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.
Sementara itu, beliau berkata, kain lilitan berukuran 3 inci dengan berlogokan TANAH akan diikat sebagai gimik pelancaran majlis tersebut disamping memperkenalkan badge TANAH kepada umum.
Malah, pihaknya mendakwa TANAH turut menerima sokongan daripada 18 badan bukan kerajaan (NGO) dan tokoh-tokoh berpengaruh serta kalangan rakan Pakatan pembangkang lain yang bersimpati dengan masalah tanah di Johor.
Suhaizan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) berkata, jelajah penerangan berkenaan TANAH akan digerakkan ke seluruh negara sebagai satu usaha menarik perhatian umum untuk turut serta dalam perhimpunan itu nanti.
"Kita sasarkan bermula dari 21 April ini sesi majlis penerangan akan digerakkan ke setiap kawasan (daerah) di bawah (anjuran) pemuda (DPPNJ) dengan melibatkan individu-individu yang berkaitan seperti YB Salahuddin dan Mazlan Aliman yang bertindak sebagai Pengerusi Gabungan TANAH.
"Selain itu, kami akan bergerak ke seluruh negara dengan menyasarkan negeri-negeri seperti Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan bagi menyampaikan penerangan mengenai TANAH.
"Malah kita akan aturkan satu program konvoi anak muda yang akan berjelajah bermula di Muar hinggalah ke Johor Bahru dengan aktiviti seperti edaran risalah dan sebagainya," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads