Khamis, 19 April 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Negeri Johor Ku Yang Tercinta: Air Terjun <b>di Kota Tinggi</b>

Posted: 22 Mar 2012 05:31 AM PDT

Air Terjun Kota Tinggi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang popular  di daerah Kota Tinggi ini. Keindahan alam semula jadinya menyajikan pemandangan yang menarik di samping air nya yang dingin. 

Kedudukannya hanya 16km dari bandar Kota Tinggi menjadikan nya pilihan penduduk tempatan mahupun luar negeri untuk berkunjung ke sini khusunya pada hujung minggu ataupun pada waktu cuti umum atau cuti sekolah.

Air nya yang mengalir turun ke lereng Gunung Muntahak dari ketinggian 34 meter ke 3 kolam yang terbentuk secara semulajadi menjadikan ia sangat menarik dan memberi kemudahan para pengunjung untuk mandi-manda.

Alam sekeliling yang menghijau dan lokasinya yang jauh dari hiruk pikuk bandar memberikan kedamaian kepada pengunjung yang ingin mendekatkan diri dengan alam sekitar. 

Para pengunjung tidak perlu bimbang kerana terdapat pelbagai kemudahan tempat makan dan penginapan ada di sediakan di sini.

Untuk masuk ke kawasan Air terjun ini pengunjung perlu membeli tiket di pintu masuk. Harga tiket untuk orang dewasa adalah RM7.50, manakala kenderaan dikenakan caj sebanyak RM1.00 sahaja.


Itu sahaja penerangan tentang Air Terjun Kota Tinggi yang dapat saya tuliskan, semuga berjumpa kembali di destinasi seterusnya.. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads