Selasa, 3 April 2012

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: PRU13: Razali tunggu Salahuddin <b>di Muar</b>

Posted: 02 Apr 2012 08:23 PM PDT


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim sedia berhadapan dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dikatakan berminat bertanding di kerusi yang disandang beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

"Banyak ura-ura didengar, sekejap di kerusi itu dan kini di Muar. Kalau dia nak bertanding di Muar pun saya alu-alukan, tapi tidak logik sebab kerusi Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi PKR.


"Adakah Salahuddin nak masuk PKR. Isu ini banyak membuang masa kita. Mereka tidak mempunyai fokus jelas," katanya.

Minggu lalu, Salahuddin mengesahkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang dan sedang mempertimbangkan tiga bahagian Parlimen untuk dipilih - sama ada bertanding di peringkat pusat atau negeri.

Razali berkata, pengumuman Salahuddin untuk bertanding di Johor hanyalah untuk meluaskan kuasa pembangkang menawan negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

"Apa yang dikatakan itu lebih kepada kuasa. Pengumuman dibuat mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat. BN pun mengalu-alukan Salahuddin sebab saya pun tidak tahu siapa calon BN di Muar.

"Tapi saya akan pastikan jika dia (Salahuddin) bertanding di Muar, saya sendiri akan ketuai jentera BN di sana," katanya.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, tiada halangan untuk Salahuddin bertanding di mana-mana, asalkan beliau mahu berkhidmat untuk rakyat bukannya mahu mendapatkan kuasa.

"Saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.

"Perkara asas kepada saya kenapa Salahuddin keluar dari Kelantan. Kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?," katanya.

Difahamkan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan satu perbincangan serius dengan Salahuddin untuk kekal di negerinya yang mempunyai kekurangan calon berwibawa untuk mengisi jawatan menteri besar.

@razaliibrahim Tidak Gentar Hadapi Salahuddin Ayub <b>di Muar</b> <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2012 01:22 AM PDT

- Apr 2, 2012 16:22:21.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dikatakan berminat untuk bertanding di kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Kalau dia nak bertanding di Muar, saya alu-alukan. Tapi tidak logik sebab kerusi Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Adakah Salahuddin nak masuk PKR. Isu ini banyak membuang masa kita. Mereka tidak mempunyai fokus yang jelas," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar yang menyertai Program Parlimen Belia di Dewan Negara pada Isnin.

Mengulas lanjut, Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, Salahuddin bebas untuk bertanding di mana-mana asalkan beliau mahu berkhidmat untuk rakyat bukannya mahu mendapatkan kuasa.

"Saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.

"Perkara asas kepada saya kenapa Salahuddin keluar dari Kelantan. Kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?," katanya.

Razali berkata, sekiranya Salahuddin hendak bertanding di kerusi Parlimen, beliau tidak boleh menjadi Menteri Besar Johor seperti yang diuar-uarkan sebelum ini.

"Dia (Salahuddin) bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Kalau dia bertanding di kerusi Parlimen dia tak boleh jadi Menteri Besar Johor. Kalau dia bertanding di dua-dua kerusi, dia sendiri tidak yakin dengan kemampuannya.

"Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di dua kerusi. Kita lebih menumpukan kepada kerja, hendak bertanding satu kerusi pun kita tak cukup tangan. Bagaimana Salahuddin nak bertanding dua kerusi. Dia pun tak berminat hendak jaga rakyat," katanya.

Razali berkata, pengumuman Salahuddin untuk bertanding diJohor hanyalah untuk meluaskan kuasa pembangkang untuk menawan negeri itu daripada BN.

"Ini lebih kepada kuasa. Pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat. BN pun mengalu-alukan Salahuddin sebab saya pun tidak tahu calon BN di Muar.

"Tapi saya akan pastikan jika dia (Salahuddin) bertanding di Muar, saya sendiri akan ketuai jentera BN di sana," katanya.

Jumaat lalu, media melaporkan, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Rakyat (PR) Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam pilihan raya akan datang.

Salahuddin yang mengesahkan dakwaan tersebut bagaimanapun enggan mengulas sama ada beliau akan menjadi menteri besar sekiranya pakatan pembangkang itumenawan Johor dalam PRU13.

Difahamkan barisan kepimpinan PR telah mengadakan satu "perbincangan serius" dengan Salahuddin untuk kekal dinegerinya yang mempunyai kekurangan calon berwibawa untuk mengisi jawatan menteri besar.

Pembangkang di Johor menjangkakan akan memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang dengan peningkatan sokongan masyarakat Cina, namun kekurangan calon berkelayakan untuk menjawat jawatan menteri besar.

!!! titian kehidupan !!!: ~ Sepetang <b>Di Muar</b> ~

Posted: 19 Mar 2012 12:00 AM PDT

Baru nak update peristiwa sabtu lepas..
Minggu ni my hubby cuti..so adalah tempat2 yang kami akan terjah..
"Sebelum kita pindah ke mana-mana nanti..kita round dulu Johor ni.."
dah memang kaki suka berjalan..
Jadi...terima kasih suamiku...
kerana sanggup drive sampai ke Muar dari Simpang Renggam.. Dah sampai Muar dah ni..
Plan asal..
aku hanya nak makan Mee Bandung Muar jek...
macam orang mengidam pulak..
sian kat hubby kena drive ke sana..
Nasib baik cik GPS sedia membantu..
hehehe..
cari punya cari jumpa kedai ni kat tepi benteng...
Kedai Mee Bandung Abang Sayang..
ooo..Patutlah nama kedai Abang Sayang..
aku tengok semuanya lelaki kat kedai dia..dari tukang masak sampai ke pekerjanya..
Banyak kedai makan kat kawasan ni..
pilih jer yang mana nak...Ni hah!Mee Bandungnya..
pekat giler kuah dia...
Aku dan hubby order 2 mee bandung dan Ain dan Aisyah pulak order ni.. Kue Tiaw Sup..
Best jugak ni..

Lepas makan dan menikmati panorama tengahari kat situ..
kami terus ke Dataran Tanjung Emas berhampiran tempat tu jugak..
Masa sampai sana kebetulan ada program yang sedang dijalankan..

Program Kampungku Kebanggaanku..
ni program hujung minggu kat Muar ni..

Selesa jugak lepak-lepak kat dataran ni..
santai jer dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa...

Tengok suasananya...
selesa untuk beriadah...
Oppss!!sebelum datang sini kami solot zuhur dulu kat Masjid Jamek yang berdekatan..


Leka main belon sabun...Kakak Ain yang snap pic ni..
nampak gelap mungkin cahaya kot..
Dalam pukul 5 kami bertolak balik tapi tak sampai rumah pun sebab kami ke Kluang dulu..
Berhenti solat di RNR..
Kami singgah makan kat Kluang pulak untuk makan malam..Huh!berjalan sakan..
Dari SR ke Muar..
Dari Muar ke Kluang...
Balik SR...
Apapun..terima kasih sayangku...
kerana sudi melayan karenah kami..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads