Sabtu, 7 April 2012

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


PRU13: Razali tunggu Salahuddin <b>di Muar</b> | Mai Tengok! Portal

Posted: 02 Apr 2012 08:13 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim sedia berhadapan dengan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dikatakan berminat bertanding di kerusi yang disandang beliau pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, beliau sama sekali tidak gentar untuk berhadapan dengan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

"Banyak ura-ura didengar, sekejap di kerusi itu dan kini di Muar. Kalau dia nak bertanding di Muar pun saya alu-alukan, tapi tidak logik sebab kerusi Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi PKR.

"Adakah Salahuddin nak masuk PKR. Isu ini banyak membuang masa kita. Mereka tidak mempunyai fokus jelas," katanya.

Minggu lalu, Salahuddin mengesahkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya akan datang dan sedang mempertimbangkan tiga bahagian Parlimen untuk dipilih - sama ada bertanding di peringkat pusat atau negeri.

Razali berkata, pengumuman Salahuddin untuk bertanding di Johor hanyalah untuk meluaskan kuasa pembangkang menawan negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

"Apa yang dikatakan itu lebih kepada kuasa. Pengumuman dibuat mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat. BN pun mengalu-alukan Salahuddin sebab saya pun tidak tahu siapa calon BN di Muar.

"Tapi saya akan pastikan jika dia (Salahuddin) bertanding di Muar, saya sendiri akan ketuai jentera BN di sana," katanya.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, tiada halangan untuk Salahuddin bertanding di mana-mana, asalkan beliau mahu berkhidmat untuk rakyat bukannya mahu mendapatkan kuasa.

"Saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.

"Perkara asas kepada saya kenapa Salahuddin keluar dari Kelantan. Kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?," katanya.

Difahamkan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan satu perbincangan serius dengan Salahuddin untuk kekal di negerinya yang mempunyai kekurangan calon berwibawa untuk mengisi jawatan menteri besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads