Ahad, 22 April 2012

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


من أين إلى أين: <b>Parit jawa</b> oh <b>parit jawa</b>

Posted: 11 Mar 2012 08:26 PM PDT

Penulis diberi peluang sekali lagi dengan izinNya untuk menabur budi dan berkongsi pengalaman di kem parit jawa yang membariskan peserta dari kalangan pelajar pra diploma. Mereka merupakan pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM, diterima masuk ke IPTA dengan sedikit bayaran sebagai persediaan dan penyediaan mereka untuk melangkah masuk ke menara gading dengan lebih bergaya.

Penulis bergerak dari pejabat dengan menaiki van bersama beberapa orang rakan dipandu oleh pegawai sukan dan ditemani oleh isteri beliau dan dua orang fasilitator yang lain. Kami kemudiannnya singgah mengambil kapitan di kediaman beliau dan seterusnya meneruskan perjalanan ke lokasi yang ditentukan.

Tatkala tiba, beberapa orang rakan lain telahpun berada di sana lebih awal untuk urusan penerokaan jalan treking. Kawasan latihan kali ini mempunyai kawasan yang tidak terlalu luas.

Menjelang jam 12.30, kami bergerak untuk menikmati makan tengahari di asam pedas tepi jeti parit jawa. Kawasan yang sememangnya telah menjadi perbualan umum di sekitar negeri ini, bahkan di seluruh negara.

Kami menyelesaikan solat jumaat di salah sebuah masjid jame' yang berhampiran. Ketika pulang kelihatan kelibat beberapa orang fasi yang baru sahaja tiba. Pelajar masih belum tiba dan mesyuarat persediaan dilaksanakan sekitar jam 3 petang di bawah kepimpinan KF baru, tuan haji Z.

Waktu Asr tiba dan disambut dengan kehadiran peserta seramai 99 orang...bilangan yang agak besar untuk menempati ruang sempit di kawasan terpencil ini. Usai solat, maka majlis taklimat dan taaruf fasi berjalan. Ini kemudian disambut oleh aktiviti ice breaking kendalian tiga sahabat...

Perjalanan program pada kali ini agak berbeza dimana pelajar dibahagikan mengikut gender, perkara yang tidak pernah berlaku sejak kumpulan ini mula bergerak lapan tahun sebelum ini. Fasi pembimbing juga dilihat berdasarkan kepada gender.

Sekitar jam 6.45 petang, aktiviti berakhir dan peserta serta fasi menikmati jamuan malam. Keadaan fasi agak kritikal kerana hanya satu sahaja bilik air yang boleh digunakan. Ini memberikan satu cabaran kepada kami...

Usai solat maghrib, tazkirah hikmah solat dilaksanakan sehingga menjelang jam 8.45. Dinamika kumpulan berlaku sehingga jam 11.00 malam. Peserta diminta membina menara berdasarkan bahan mentah seperti kertas suratkhabar, bendera dan juga menamakan kumpulan berdasarkan maklumat yang telah disediakan. Berdasarkan pengamatan penulis dan rakan-rakan, peserta kelihatan lebih bersemangat, dapat menghasilkan produk yang berkualiti serta mampu behujjah dengan baik, jauh lebih matang berbanding perogram-program sebelum ini. Ini mungkin disebabkan oleh kumpulan berdasarkan gender dapat membuahkan manusia yang mampu memberikan idea yang sangat bernas.

Menjelang jam 12.00 barulah peserta dibenarkan masuk ke bilik penginapan untuk persiapan diri masing-masing.

Menjelang jam 1.00 pagi penulis dan rakan-rakan memulakan pelayaran malam. Sekitar jam 5.00 pagi qiyam dipimpin oleh syekhul Islam. Kuliah subuh oleh tuan haji S...

video

Kembara selaku kursus wajib lulus mengambil tempat menjelang waktu dhuha. Penulis ditempatkan di CP khayalan bersama tuan haji S dan ustazah. Lokasi agak jauh ke pendalaman. Di hutan paya bakau. Tatakala kami diturunkan di lokasi, hujan renyai menyambut kami. Tercari-cari jalan masuk ke lokasi. Akhirnya setelah dibuat titi, barulah kami berjaya menerobos ke lokasi yang telah ditentukan. Penantian mengambil masa lebih kurang satu jam. Kumpulan pertama tiba mengandungi peserta perempuan belaka. Perjalanan ke CP kami agak sukar kerana dihalang oleh hutan paya bakau. Ada di antara peserta yang kehilangan kasut, kehilangan tapak kasut, dengan lumpur yang hampir sampai ke pinggang.

video

CP ini bertugas untuk membuat penyamaran bagi mendapatkan amanah yang dibawa dari tapak pelepasan untuk diserahkan ke CP3, namun terpedaya di CP kami. Kami perlu mempamerkan wajah suci bagi membuatkan peserta terpesona dan percaya bahawa mereka berada di CP sebenar untuk menyerahkan amanah yang dibawa. Kami berjaya mempengaruhi kesemua peserta dan kumpulan untuk menyerahkan amanah kepada kami.

Kembara hanya berakhir sekitar jam 5.00 petang dengan pelbagai masalah luaran seperti ketiadaan air yang menyebabkan pergerakan dan persiapan peserta menjadi lewat dan solat Asr didirikan dalam jamaah berbilang.

Refleksi oleh PH kali ini lebih mengancam dengan laporan dari fasi setiap CP. Maghrib dan kuliah oleh penulis dan isya dipimpin oleh syekhul Islam. Graf suka duka mengambil tempat diikuti oleh tangisan pimpinan ketua fasi. TG tiada pada kali ini.

Subuh dipimpin oleh syekhul Islam dan diikuti oleh jamrah hikmah yang menarik dan mengancam. Jamrah hikmah dimulai dengan pembersihan diri oleh KF. Kemudian petugas membuat persiapan bersama pegawai sukan (PS). Menjelang jam 8.00 pagi jamaah keluar dari perut musalla terus berkumpul membuang sifat negatif dalam bertiga-tiga mengikut kumpulan. Halangan pelbagai berlaku semasa proses membuang dan menafikan sifat negatif tersebut.

Menjelang jam 9.30, PM Dr memulakan ceramah beliau. Menjelang jam 11.00, acara pra penutup oleh PH dan ayahanda. Penulis menyibukkan diri di bilik urusetia bersama urusetia yang sedang 'tension' menyiapkan montage...

Penutup akhirnya mula jam 11.30 dan berakhir sekitar jam 12.30 dengan tayangan montage yang hangat...

Misi kepulangan hanya bermula sekitar jam 2.15 petang....

video
wajah-wajah yang terpedaya?

video

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads