01 di parit raja - Google Blog Search |
Bakso <b>Parit Raja</b> Darat - johore ------->>> terengganu. a long journey Posted: 13 Apr 2012 07:45 PM PDT Kalau ke Parit Raja, aku tidak lupa untuk singgah makan bakso di sini. Akan tetapi, terkadang, mengecewakan, bila mana gerai itu tutup atau tidak menjual bakso pada hari itu atau bakso telah habis pada hari itu. Bukan sekali, malah banyak kali juga kekecewaan melanda kerana tidak dapat makan bakso. Tempoh hari, singgah di kilang kerepek untuk mengetahui harga kerepek terkini "Abang terus, pastu belok kanan menghala ke Parit Raja. Kat simpang tu ada gerai bakso sebalah kanan." Owh! Ini sudah bagus. Dekat saja gerai bakso itu. Hanya kurang 2km dari kilang itu. sebelum ini, aku perlu memandu hampir 10km untuk makan bakso dari kilang itu. Gerai itu betul-betul depan Masjid Parit Raja Darat. Gerai itu agak terperosok, bersebelahan bengkel membaiki motosikal. Suasana kedai biasa sahaja. Macam kedai kopi kampung yang tipikal. Aku dan Pn. Nurul memesan dua mangkuk bakso. Dia punya bakso memang mewah. Daging besar dan banyak. Isinya campuran antara soo hoon dan mee hoon. Rasa dia memang cemerlang. Kena pula dengan sambal kicap. Fuh! Memang terbaik dari kebun! Makan panas-panas. Berpeluh! Sedar tak sedar tinggal kuah sahaja. Bakso memang cemerlang. Tapi servis tahap longkang. Tauke perengus. Pelayan pula susah nak senyum. Tipikal bagi gerai makan yang sedap. Betul sangat apa yang video ni kata pasal orang MALAYSIA... Hahaha!! |
You are subscribed to email updates from di parit raja - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan