Khamis, 12 April 2012

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Sinchew Daily: DAP cuba luaskan kuasa <b>di negeri Johor</b> <b>...</b>

Posted: 08 Nov 2011 01:19 PM PST

Sinchew Daily News

Perkara: DAP cuba luaskan kuasa di Negeri Johor?

Ruangan: negeri Johor m/s 14

Tarikh: 6 November 2011 (Ahad)

Tajuk: Persediaan DAP Di Negeri Johor Untuk PRU

Menjemput Lim Kit Siang Sebagai Penasihat Strategi Khas Politik

'Speaker Dewan Undangan negeri Selangor Teng Chang Khim dijemput sebagai penasihat pengimbang  pilihan raya utara negeri Johor, beliau bertanggungjawab terhadap untuk menjaga kawasan Johor Utara, Johor Tengah dan Johor Selatan'

5hb Muar, jawtankuasa DAP negeri Johor hari ini membuat satu kenyataan, mesyuarat kali keenam majlis tersebut sebulat suara membuat keputusan, menjemput ketua parti pembangkang Lim Kit Siang menjadi penasihat Strategi khas Politik di negeri Johor pada PRU ke-13 ini, dan setiausaha DAP Lim Guan Eng sebagai penasihat sistem pilihan raya.

Selain dari itu, speaker negeri Selangor Teng Chang Khim juga dijemput untuk menerajui sistem pilihan raya DAP, beliau dipertanggungjawabkan menjaga negeri Johor zon utara, zon tengah dan zon selatan. Sebelum ini DAP pusat telah melantik Lock Siew Fook menjaga zon Johor Utara, Teo Nie Ching menjaga zon Johor Tengah dan Pang Kian Wei (terjemah Mandarin) menjaga zon Johor Selatan.

Jawatankuasa itu mengalu-alukan kehadiran Lim Kit Siang sebagai anak tumpah darah negeri Johor, seperti juga Lim Guan Eng, Teng Chang Khim, Pnag Kian Wei, Teo Nie Ching dan Lock Siew Fook, mereka akan sepenuhnya membantu DAP dalam PRU untuk memecahkan rekod menang di negeri Johor, ia menunjukkan DAP negeri Johor kini sudah bersatu padu dan punyai langkah dan rentak yang sama.

Jawatankuasa tersebut rasa kesal terhadap ada orang-orang tertentu yang cuba memecah belahkan, mengugut, menfitnah dan mengancam DAP di negeri Johor yang sabitkan pengerusi DAP negeri Johor Boo Cheng Hau.

Jawatankuasa tersebut menegaskan, tindakan seperti itu bukan budaya poitik parti itu, parti itu menghormati hujah-hujah politik yang bukan daripada tindakan secara kekerasan, menjaga kesetabilan mencari unsur-unsur politik untuk buat perubahan.

Jawatankuasa itu menyatakan mereka sebulat suara bersatu padu, secara keseluruhan menyokong Boo Cheng Hau terus memimpin DAP negeri Johor.

Dalam satu kenyataan jawatankuasa tersebut, DAP telah beli aset berlokasi di Nusajaya bernilai 330 ribu ringgit untuk dijadikan ibu pejabat DAP negeri Johor, buat masa ini telah mengutip derma sebanyak 180 ribu ringgit untuk tujuan itu, diharap ahli-ahli parti secara agresif menyokongnya.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads