ads

Rabu, 16 Mei 2012

01 di desaru - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di desaru - Google Blog Search


Kongsi Berita: <b>Desaru</b> Masih Ada Tarikan

Posted: 12 May 2012 11:24 AM PDT


Suatu ketika dulu, Desaru sering disebut-sebut destinasi pelancongan utama negara setanding dengan pantai per anginan lain seperti Lumut di Perak atau Teluk Cempedak di Pahang.

Malah setiap minggu, ada warga Singapura sanggup me redah kesesakan di Tambak Johor semata-mata untuk me ngunjungi bandar kecil kira-kira 98 kilometer (km) dari ibu negeri paling selatan ini. Itu cerita 15 tahun dulu. Desaru hari ini semakin sepi daripada kunjungan pelancong asing yang beralih dari pulau di perairan Mersing itu.
Namun, pantai yang kian suram populariti ini, masih memiliki pesona tersendiri.

Mungkin atas sebab itu, ia dipilih lokasi kempen percutian domestik 'X-Cape Holidays', baru-baru ini.Program dirasmikan Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said, antara lain mempromosikan keunikan Desaru sebagai tarikan pelancongan utama negara.Kelebihan utamanya terletak pada pilihan penginapan. Kini, ada 12 tempat penginapan dengan menawarkan kira-kira 5,000 bilik daripada pusat peranginan terkemuka hingga hotel bajet yang mesra keluarga.

Bagaimanapun, aset utamanya terletak pada persisiran pantai sepanjang kira-kira 25km sesuai untuk sebarang aktiviti rekreasi air dan sukan pantai. Selain itu, Desaru turut memilik tarikan lain termasuk taman tema dan marina dilengkapi kemudahan terkini. Jika anda dari Johor Bahru, jangan lupa singgah di Muzium Nelayan, Tanjung Balau dekat bandar Penawar, sebelum tiba di Desaru. Muzium dibuka Lembaga Kemajuan Johor Teng gara (Kejora) pada 1985.

Bagi mereka yang tidak berasal dari kota, inilah masanya untuk mengenal bubu, rawai atau jala. Kehidupan masyarakat nelayan diterangkan secara terperinci menerusi paparan rumah nelayan, lesung batu dan periuk belanga yang sukar ditemui pada masa kini. Muzium yang terletak di utara Desaru itu sebahagian daripada projek pembangunan di kampung nelayan di Tan jung Balau. Pelbagai bahan pameran dipaparkan termasuk jenis jala ikan, takal memancing serta replika peralatan yang digunakan pada zaman dahulu.

Selain dapat melihat pengangkutan air lampau seperti perahu dan rakit, pengunjung pasti terpesona mendengar pelbagai kisah menarik mengenai teknik memancing yang diamalkan masyarakat dahulu. Penggemar tempat yang sering mendapat kunjungan ramai ialah Desaru Sports Centre yang menyediakan pelbagai kemudahan bersukan termasuk jet ski, ski, paraseling, kayak, bot laju dan memancing.

Bagi mereka yang datang bersama keluarga, boleh mengisi pelbagai permainan di taman tema ala Disnyeland, Desaru Impian. Sementara itu Desaru Leisure Camp pula menyediakan penginapan dan tapak perkhemahan.

TARIKAN LAIN

>SEJARAH

Kunjungi Tanjung Pengelih untuk menyaksikan tinggalan sejarah Perang Dunia Kedua dan Empayar Melayu Johor-Riau di Johor Lama. Kawasan ini bakal dibangunkan sebagai tarikan utama Desaru pada masa hadapan. Manakala Kota Lama Johor masih boleh dilihat di Teluk Sengat.

>LADANG BURUNG UNTA

Ostrich Showfarm di Teluk Ramunia, Kota Tinggi, dibuka sejak 2001 ini menawarkan pengalaman bermesra dengan burung bersaiz gergasi ini. Jurupandu berpengalaman akan membantu anda mengenali hidupan. Pengalaman menung gang burung unta ditawarkan dengan bayaran tambahan.

>LADANG BUAH-BUAHAN DESARU

Pengunjung dapat berkenalan dengan pelbagai buah-bua han tempatan yang ditanam menggunakan teknologi moden tetapi mesra alam. Selain itu, mereka akan dapat melihat penternakan lebah untuk madu secara dekat.

>CARA KE SANA

Mereka yang datang dari Singapura boleh menaiki feri dari Changi, Singapura ke Tanjung Belungkor memulakan operasi setiap hari mulai jam 7.30 pagi.
Empat perkhidmatan disediakan dari Changi iaitu dari jam 7.30 pagi, 11.30 pagi, 6 petang dan 8 malam, sementara dari Tanjung Belungkor mulai jam 9.30 pagi, 1.30 tengah hari, 5.30 petang dan 9.30 malam.

Pengunjung boleh menaiki bas dari Terminal Bas Larkin ke Bandar Penawar atau ke Kota Tinggi. Perjalanan mengambil masa sehingga satu setengah jam. Dari Bandar Penawar, anda boleh mengambil teksi atau bas mini. Perjalanan dari Singapura memakan masa kira-kira dua jam 15 minit. Manakala. pemanduan dari Kuala Lumpur mengambil masa kira-kira empat jam.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved