01 di mersing - Google Blog Search |
Senarai Penginapan <b>di</b> Pantai Air Papan, <b>Mersing</b> | ArabMykrk.com Posted: 20 May 2012 07:30 PM PDT VN:F [1.9.17_1161] VN:F [1.9.17_1161] Assalamualaikum. Anak-anak sedang sibuk menghadapi peperiksaan sekarang. Apa maknanya tu? Maknanya cuti sekolah sudah hampirlah kawan-kawan. Bukan anak sahaja yang suka, ibu ayah pun sama……… mengaku sajalah…… Bagi kami sekeluarga, percutian biasanya adalah pada musim cuti sekolah Bulan Mac. Tahun 2010, kami ke Melaka. 2011 ke Kuala Lumpur. Pada tahun ini pula kami memilih untuk bercuti di negeri sendiri sahaja……….
Sejarah Kampung Air Papan: Mengikut cerita lisan, Kampung Air Papan mendapat nama bersempena peristiwa yang berlaku pada zaman dahulu. Pada masa itu, penduduk kampung mendapatkan sumber air dari satu pancur di tepi bukit yang berhampiran dengan sebuah kilang papan. Mereka kemudian meletakkan papan sebagai alas di pancuran tersebut. Bersempena dengan keadaan tersebut, maka penduduk kampung menamakan kampung mereka sebagai Kampung Air Papan. Kampung Air Papan terletak kira-kira 15 atau 12km dari Bandar Mersing. Ia diapit oleh dua kampung yang terdekat iaitu Kampung Tenglu Besar dan Kampung Tenglu Laut yang terletak di Mukim Tenglu. Kampung Air Papan juga boleh dikunjungi dari Kampung Tenglu Laut melalui jalan tepi pantai yang kecil. Tarikan utama di Kampung Air Papan ialah Pantai Air Papan yang kedudukannya menghadap perairan Laut China Selatan. Pantai ini sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negeri untuk bersantai terutama pada hujung minggu atau hari-hari kelepasan am. Penginapan di Pantai Air Papan Pada mulanya susah juga hendak mencari info berkenaan penginapan yang terdapat di Pantai Air Papan. Rupa-rupanya, kami yang silap……… Oleh kerana Pantai Air Papan terletak di Mersing, tidak semua pemilik penginapan di Air Papan menamakan premis mereka dengan 'Air Papan'. Lalu ianya menyedarkan saya mengapa sekiranya kita mahu menamakan blog, kita digalakkan untuk memilih nama domain yang amat berkaitan dengan niche blog kita. Sebagai contoh; kebanyakan artikel di blog saya adalah berkaitan belajar Bahasa Arab, jadi rekalah nama yang ada 'arab'. Setelah puas berbincang dengan Teacher Nash, pilihan kami adalah; http://arabmykrk.com Oleh itu, bila ada sesiapa mencari info tentang Bahasa Arab, insyaAllah mudahlah blog ini ditemui……. Berbalik kepada tajuk di atas, akhirnya kami memilih untuk menginap di Air Papan Beach Resort. Bukannya apa, melihatkan kepada nama resort-resort yang lain itu, bimbang ianya bukan terletak di Air Papan. Sedangkan kami berhajat mahu berkelah di Pantai Air Papan. Kami ke sana pada pertengahan minggu. Jadi, pengunjung tidaklah ramai. Rupa-rupanya di sana ada banyak resort dan chalet yang terletak saling sebelah menyebelah. Kami menuju ke sana dari arah Johor Bahru dan melewati Pantai Tanjung Leman dahulu. Oh, Tanjung Leman lebih dekat rupanya…….. Apalah orang Johor ni, ke Utara sudah, ke Pantai Timur sudah…….. negeri sendiri pun belum mahir…….. hehehe……… Kita akan melaui bandar Mersing sebelum tiba di Kampung Air Papan. Berdekatan dengan pantai juga ada surau dan sekolah agama. (Sekolah-sekolah agama kerajaan negeri Johor memang dibina bersebelahan dengan masjid atau surau) Resort dan chalet di sini kelihatan selesa, tidak kurang juga yang tampak boleh ditambah-baikkan lagi. Alhamdulillah tempat menginap kami selesa dan boleh menyaksikan pemandangan laut dari dalam bilik. Oleh kerana kebetulan waktu kami ke sana adalah musim hujan, kami anak beranak hanya mandi di kolam mandi yang disediakan oleh pihak pengurusan Air Papan Beach Resort sahaja. Pada waktu malam apabila hujan telah reda, barulah kami ke pantai. Hemmmm……… masa itulah telefon bimbit saya rosak. Apa tidaknya, toleh kiri kanan tiada sesiapa dan suasana sunyi…… saya terus saja terjun menyertai anak-anak di dalam kolam. Sudah kecut jari jemari barulah naik ke tepi. Argh, telefon!!!! Ada dalam kocek! Inna lillah…….. Amekaw………. hahaaaaa Pada waktu siang, kami makan di kedai makan yang terletak di tepi pantai. Malamnya pula, kami keluar ke Bandar Mersing. Kami makan di sebuah kedai makan yang terletak sederet dengan sebuah kilang keropok lekor dan kedai runcit. Tuan punya restoran itu bercakap dalam dielek Kelantan. Oleh itu, kami memilih untuk makan tomyam dan lain-lain eksesorinya. Alhamdulillah memang umph! Harganya pun tidak mahal. Untuk memudahkan kawan-kawan yang ingin bercuti ke Pantai Air Papan, Mersing, saya bawakan untuk tuan/puan senarai nama penginapan dan nombor telefon untuk dihubungi. Air Papan Beach Resort Sri Mersing Resort Mersing Beach Resort – terletak di hujung pantai dan betul-betul menghadap laut. Teluk Godek Beach Resort (Lani's Place) COCONUT INN – Tuan punya resort juga mengusahakan kedai makan yang terletak menghadap laut. Mee bandung di kedai makannya saya beri empat bintang. Sri Tanjung Chalet Air Papan Chalet Fishing Bay Beach Resort – Hotel yang pertama akan kita temui Kali's Guest House – Terletak paling jauh dari pantai Homestay Kampung Ayer Papan Laman web Komuniti Desa Johor Darul Takzim: http://telecentre.my/kampungairpapan/ Pemandangan sekitar Pantai Air Papan: Klik sini Senarai Penginapan di Pantai Air Papan, Mersing, |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan