01 di mersing - Google Blog Search |
Hujung Dunia: Hujan Ribut <b>di</b> jalan <b>Mersing</b>-Jemaluang Posted: 22 May 2012 03:16 AM PDT Nota : Setelah beberapa hari cuaca yang sanat panas, tiba-tiba hujan yang sangat lebat beserta angin ribut yang mampu mematahkan dahan-dahan pokok. Tingkap kaca yang berat & ketat lokasi foto ini diambil terbuka di'tarik' angin & langsir 'terbang' keluar. Suatu yg tak pernah berlaku di sini. Kiri-kanan jalan sepanjang perjalanan pulang dari MRSM ke bandar Mersing dipenuhi daun-daun dan dahan-dahan pokok yang patah dan tumbang. Tanda-tanda kekuasaan Allah swt ! |
Shila Shahila: Percutian <b>di</b> Felda Residence <b>Mersing</b> Posted: 09 May 2012 05:46 AM PDT Assalamualaikum. Tak perlu kom apa, kombat. Bat apa, batman ok -.- Memandangkan langit gelap, guruh berdentum kuat dan hujan turun dengan lebat petang tadi, maka aku telah mendapat ilham untuk mengemaskini blog. Memang tak ada kena-mengena cuaca dengan blog ye dhak -.-? Sebenarnya, setelah aku menggeledah folder gambar lama dalam komputer riba ni, aku terjumpa satu folder Tanjung Leman. Akibat musykil dengan nama folder tersebut, maka aku double click. Justeru, muncullah puluhan gambar yang mengimbas kembali memori indah diingatan ku. Phui ayat kau -.- Sebenarnya, pada beberapa bulan yang lalu, *May April Mac Feb Jan ye 5bulan yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke Mersing. Memandangkan mama ayah kerja dan sangat sibuk, manakala adik pula nak SPM tahun ni dan homework yang perlu disiapkan menggunung, maka lokasi percutian kami hanyalah di negeri Johor sahaja. Di Johor ni, selain Desaru Kota Tinggi, pantai di Mersing juga best. Kami memilih untuk bercuti sambil rehatkan minda di Felda Residence Mersing selama 2hari 1malam. Percutian yang pendek tetapi seronok. Malas aku nak berceloteh. Tengok gambar dah tahu cantikkan? Tempat ni kira baru jugalah. Kemudahan yang disediakan sangat lengkap dan harga sewa bilik juga amatlah berpatutan. Felda Residence ni juga dekat dengan jeti Tanjung Leman. Tak sampai 5minit naik kereta dah boleh sampai jeti tu. Kepada para pelancong yang nak ke Pulau Tioman, boleh juga naik bot dari jeti itu. Apa yang menarik dekat jeti tu adalah terdapat KFC di tepi pantai ye dan ianya terapung. Macam tak percaya kan? Haa dah percaya? Makan KFC sambil menikmati bayu lembut dari laut. Sila Imagine sekarangggggg! P/S : Gambar ketika bercuti terhad untuk tontonan seisi keluarga sahaja wakaka! Nah saguhati. Ayah and hakim main beach soccer :) kbye! |
You are subscribed to email updates from di mersing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan